Malaysia Oversight

ZTE Blade V80 Vita Memperlihatkan Rekaan Kamera Menyerupai iPhone 17 Pro

By Amanz in November 11, 2025 – Reading time 1 minute
ZTE Blade V80 Vita Memperlihatkan Rekaan Kamera Menyerupai iPhone 17 Pro


ZTE Blade V80 Vita Memperlihatkan Rekaan Kamera Menyerupai 17 Pro

November 11, 2025
ZTE

Nazrin

ZTE ialah sebuah jenama peranti pintar yang dikenali untuk peranti-peranti mereka yang hadir dalam pelbagai jenis rupa bentuk, saiz dan spesifikasi. Terkini, rekaan untuk peranti mereka yang seterusnya, ZTE Blade V80 Vita telah tertiris di arena web, dan ia hadir dengan rekaan yang menyerupai sebuah lagi peranti yang sudahpun berada di pasaran.

ZTE Blade V80

Ya, modul kamera peranti ZTE Blade V80 Vita ini hadir dengan rekaan yang bukan sahaja menyerupai, tetapi sama seperti apa yang diperlihatkan pada peranti pintar 17 Pro yang dilancarkan baru-baru ini.

Bonggol kamera pada peranti ZTE dilihat lebih nipis apabila dibandingkan dengan peranti 17 Pro/Pro Max, tetapi ia tidak boleh dinafikan bahawa rekaan dan kedudukan lensa dan mentol flash adalah sama pada kedua-dua peranti ini.

Amanz Ulasan iPhone 17 Pro 3

Imej olokan ZTE Blade V80 Vita ditiriskan oleh peniris maklumat peranti terkemuka Evan Blass, tetapi selain daripada rekaan peranti, kita tidak tahu sebarang maklumat lain berkenaan peranti baru ini.

Tetapi apabila diunjurkan daripada model ZTE V70 Vita sebelum ini, spesifikasi peranti ZTE Blade V80 Vita ini dijangka adalah sebuah peranti yang menawarkan spesifikasi moden pada harga mampu milik.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link