OpenAI Ingin Menambah Kakitangan Hampir 80% Untuk Bersaing Dengan Anthropic
Effi Saharudin
OpenAI dan Anthropic adalah dua syarikat kecerdasan buatan (AI) yang bersaing dengan sengit. OpenAI mungkin lebih dikenali ramai tetapi Anthropic mempunyai lebih banyak pelanggan perniagaan dan profesional kerana kemampuan Claude. Ianya tamparan hebat kepada OpenAI kerana pengasas Anthropic, Dario Amodei adalah bekas timbalan presiden penyelidikan mereka.

Financial Times melaporkan OpenAI yang kini mempunyai sekitar 4500 kakitangan merancang mempunyai 8000 kakitangan menjelang penghujung 2026 yang bersamaan peningkatan hampir 80%. Ini adalah bagi membolehkan syarikat menambah lebih banyak pelanggan perniagaan bagi memberikan persaingan kepada Anthropic. Sebahagian besar pengambilan kakitangan baharu akan tertumpu kepada bahagian jualan, pembangunan produk, kejuruteraan dan penyelidikan.
Dalam situasi syarikat teknologi membuang puluhan ribu kakitangan menggunakan alasan tugas boleh digantikan dengan AI, syarikat AI menambah kakitangan dalam bahagian yang didakwa tidak lagi memerlukan pekerja manusia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






