Malaysia Oversight

YouTube Recap dan YouTube Music Recap Kini Boleh Diakses

By Amanz in December 3, 2025 – Reading time 1 minute
YouTube Recap dan YouTube Music Recap  Kini Boleh Diakses


YouTube Recap dan YouTube Music Recap Kini Boleh Diakses

December 3, 2025
Google
Penstriman

Effi Saharudin

Kini sudah memasuki bulan Disember dan saban tahun ini ialah bulan dimana rangkuman aktiviti sepanjang tahun akan dirumuskan oleh pelbagai aplikasi. YouTube hari ini mula menawarkan ciri YouTube Recap dan YouTube Music Recap kepada pengguna.

YouTube Recap 2025 B

Ini kali pertama YouTube Recap ditawarkan kerana sebelum ini mereka menawarkan Rewind sahaja sebelum ia tidak lagi diteruskan. Menerusi YouTube Recap pengguna boleh melihat aktiviti sepanjang tahun menerusi 12 kad khusus. Antara yang boleh dilihat ialah saluran paling digemari, topik paling banyak ditonton dan juga perubahan tabiat tontonan sepanjang tahun. Ia turut memberikan jenis personaliti anda berdasarkan sejarah tontonan.

YouTube Recap 2025 A

Jika anda menonton banyak kandungan muzik pula, YouTube Recap akan menyenaraikan artis paling digemari, lagu paling banyak distrim, podsiar kegemaran dan juga genre.

YouTube Music Recap 2025 A

YouTube Music Recap memberikan ciri yang sama tetapi untuk muzik yang ditonton. Jumlah waktu dihabiskan dalam aplikasi, 5 artis paling digemari, 5 lagu paling banyak didengari dan podsiar kegemaran juga akan dipaparkan. Kesemuanya dipaparkan dalam bentuk animasi yang menarik yang kemudiannya boleh dikongsi ke media sosial kegemaran.

YouTube Music Recap sudah boleh diakses menerusi aplikasi YouTube Music hari ini tetapi YouTube Recap diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat dahulu sebelum kepada semua pengguna global minggu ini. Ia diakses menerusi tab You di aplikasi Youtube atau menerusi pautan terus YouTube Recap.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link