YouTube Mengalami Masalah Teknikal Untuk Diakses
February 18, 2026
Google
Aman
YouTube, platform video terkemuka dunia milik Google, kini dilihat mengalami masalah teknikal untuk diakses. Masalah ini berlaku bukan sahaja di web, tetapi juga di aplikasi YouTube.

Buat masa ini, ia dilihat masalah paparan dan akses melibatkan halaman utama dan garis masa di YouTube. Sekiranya pengguna mengakses terus ke saluran atau sesuatu video, ia masih boleh ditonton buat masa ini.
Buat masa ini, pihak YouTube atau Google masih belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini. Berkemungkinan masalah teknikal ini akan diatasi dalam masa singkat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






