Malaysia Oversight

YouTube Juga Menerima Ciri Google AI Overviews

By Amanz in April 25, 2025 – Reading time 1 minute
YouTube Juga Menerima Ciri Google AI Overviews


YouTube Juga Menerima Ciri Google AI Overviews

April 25, 2025

Effi Saharudin

Ciri carian AI Overviews yang diperkenalkan di Google Search kini telah dikembangkan ke YouTube. YouTube mengumumkan ujian keputusan carian menggunakan AI Overviews minggu ini dengan ia diberikan secara rawak kepada pelanggan Premium terpilih.

Google Ai Overviews

Menerusi AI Overviews, YouTube ingin memberikan saranan video yang dirasakan lebih relevan dan tepat. Contohnya apabila carian “fon kepada terbaik” dilakukan, AI Overviews akan menyarankan video-video yang dirasakan relevan walaupun ia frasa ini tidak terkandung pada tajuk video.

Tiada tangkapan layar bagaimanakah AI Overviews memberikan saranan kandungan kepada pengguna pada ketika ini. Cuma yang diharapkan ialah AI Overviews telah ditambahbaik sejak setahun lalu bagi mengelakkan insiden maklumat salah berulang. Tahun lalu ciri ini dihentikan seketika selepas ia memberikan maklumat tidak tepat seperti Obama ialah Presiden beragama Amerika Pertama dan meletakkan gam pada piza untuk keju lebih likat.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link