YouTube Dikemaskini Dengan Pengurusan Kandungan Dan Tetapan Video Baharu
Amy Maizuraa
YouTube kini memperkenalkan kemaskini pada sistem pengurusan kandungan serta halaman tetapan video dalam aplikasi utamanya. Perubahan ini memberi fokus kepada pengalaman pengguna yang lebih mudah dan teratur khususnya ketika memuat naik klip Shorts.

Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk pengurangan pilihan pada skrin pengurusan saluran di mana pilihan ‘Manage videos’ digantikan dengan ‘Your videos’ sebagai pilihan utama ke halaman saluran. Langkah ini boleh membantu pengguna mengawal kandungan dengan lebih efisien sambil memastikan tetapan video dapat diakses dengan lebih cepat.

Selain itu, halaman tetapan video turut dikemas kini dengan menyembunyikan tetapan tambahan di bawah menu ‘Show more’. Perubahan ini menjadikan paparan skrin kelihatan lebih kemas, dalam masa sama pengguna masih boleh mengurus elemen video mereka seperti biasa. Dengan kata lain, YouTube menguji paparan skrin utama yang lebih ringkas bersama pilihan tetapan untuk dibuka sekiranya mahu.





