Malaysia Oversight

Yes 5G Advanced Prepaid Kini Menawarkan 50GB Data, Panggilan Tanpa Had Pada Harga Promosi RM15 Sebulan

By Amanz in December 15, 2025 – Reading time 1 minute
Yes 5G Advanced Prepaid Kini Menawarkan 50GB Data, Panggilan Tanpa Had Pada Harga Promosi RM15 Sebulan


Yes 5G Advanced Prepaid Kini Menawarkan 50GB Data, Panggilan Tanpa Had Pada Harga Promosi RM15 Sebulan

December 15, 2025
Telekomunikasi

Aman

Yes hari ini memperkenalkan pelan prabayar serba baharu dengan akses kepada 5G Advanced, sekaligus hadir dengan promosi masa terhad yang memberikan akses kepada 50GB data pada harga RM15 sebulan (harga biasa RM20 sebulan).

Yes mengatakan promosi berharga RM15 sebulan ini ditawarkan sehingga 15 Mac 2026, dan selepas itu, harga akan berubah kepada RM20 sebulan.

Yes 5G Prepaid

Selari pengenalan ini juga, kit permulaan untuk pelan ini ditawarkan pada harga RM10 sebulan yang hadir bersama 20GB data dengan masa sah penggunaan selama 30 hari. Seperti biasa, pengguna boleh beralih dan mengubah talian sedia ada ke pelan baharu ini.

Dengan pengenalan ini, ia sekaligus menjadikan Yes menjadi yang terawal di Malaysia memperkenalkan akses rangkaian 5G Advanced untuk pengguna prabayar.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link