Malaysia Oversight

Yahoo Menambah Sokongan AI Pada Enjin Carian – Dinamakan Yahoo Scout

By Amanz in January 29, 2026 – Reading time 1 minute
Yahoo Menambah Sokongan AI Pada Enjin Carian – Dinamakan Yahoo Scout


Yahoo Menambah Sokongan AI Pada Enjin Carian – Dinamakan Yahoo Scout

January 28, 2026
Kecerdasan Buatan
Yahoo!

Aman

Yahoo kini mengumumkan mereka menambah sokongan hasil carian dan jawapan dikuasakan kecerdasan buatan pada enjin carian mereka, melalui ciri yang dinamakan Yahoo Scout. Ciri ini ditawarkan secara terhad dalam bentuk beta, dan Yahoo menggunakan model kecerdasan buatan Claude yang dibangunkan Anthropic untuk tujuan ini. Selain itu, Yahoo juga turut menggunakan data daripada Microsoft untuk menguasakan ciri Yahoo Scout ini.

Yahoo Scout Mobile

Dengan penawaran ini, apabila pengguna bertanyakan sesuatu perkara, ia akan menghimpunkan jawapan dan menawarkannya kepada pengguna dalam bentuk perbualan harian. Untuk makluman, pihak Google sedia menawarkan ciri integrasi AI pada hasil carian mereka sejak tahun lepas dinamakan AI Mode.

Untuk Yahoo sendiri, selain pada hasil carian, mereka turut akan mula mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan pada sejumlah perkhidmatan termasuk Yahoo Mail, Yahoo News, Yahoo Sports dan lain-lain, menawarkan ringkasan dan rumusan untuk pengguna ikuti dengan mudah. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Yahoo Scout hari ini melalui laman rasminya.



Source link