Malaysia Oversight

Yahoo Mail Mengurangkan Storan Percuma Dari 1TB Kepada 20GB

By Amanz in June 28, 2025 – Reading time 1 minute


Yahoo!

Yahoo Mail Mengurangkan Storan Percuma Dari 1TB Kepada 20GB

June 28, 2025

Aman

Yahoo! kini memaklumkan semua pengguna mereka yang mana storan untuk perkhidmatan emel akan dikurangkan kepada 20GB bergerak kehadapan. Sebab pengurangan ini tidak dinyatakan.

Sebelum ini, Yahoo Mail merupakan antara penyedia perkhidmatan emel dengan ruangan storan bersaiz besar, iaitu 1TB untuk versi percuma. Namun, melalui kemaskini baharu ini, ia dikurangkan secara drastik kepada 20GB sahaja.

Selain untuk akaun percuma, langganan Yahoo Mail Plus juga dikurangkan daripada 5TB sebelum ini kepada 200GB. Perkara ini turut tidak digemari dengan pengguna tegar Yahoo! Mail yang sedia melanggannya untuk ruangan storan besar sebelum ini.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link