Xiaomi Telah Mengeluarkan Lebih 400,000 Kereta Sepanjang 2025
Aman
Xiaomi telah mula menawarkan kereta elektrik mereka kepada pengguna di China sejak 2024 yang lepas. Pada 2025 lepas, Xiaomi turut mula menawarkan satu lagi model kereta elektrik dibawah mereka.

Terbaru, Xiaomi dilihat telah mengeluarkan lebih 400,000 kereta elektrik kepada para pembeli di China sepanjang 2025 yang lepas. Xiaomi buat masa ini mempunyai dua model kereta, iaitu SUV YU7 dan juga sedan SU7. Dengan penawaran kedua-dua model ini sahaja, Xiaomi telah berjaya mencatatkan rekod tersendiri dengan pengeluaran lebih 400,000 kereta elektrik sepanjang 2025 lepas.
Dengan angka tersebut, Xiaomi semestinya akan meningkatkan lagi sasaran mereka untuk 2026 ini. Mengikut laporan awal, Xiaomi dijangka memperkenalkan dua lagi model baharu kereta elektrik mereka pada 2026 ini, sebelum mula memperluaskan penawaran ke pasaran global.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






