Malaysia Oversight

Xiaomi Mungkin Perkenal Telefon Redmi Dengan Bateri 9000mAh Tidak Lama Lagi

By Amanz in November 3, 2025 – Reading time 1 minute
Xiaomi Mungkin Perkenal Telefon Redmi Dengan Bateri 9000mAh Tidak Lama Lagi


Xiaomi Mungkin Perkenal Telefon Dengan Bateri 9000mAh Tidak Lama Lagi

November 3, 2025
Xiaomi

Aman

Tahun ini menyaksikan pelbagai pengeluar peranti berlumba menyertakan bateri bersaiz besar bersama-sama telefon pintar masing-masing. Kebanyakkan dipasaran menawarkan  bateri sehingga 7000mAh padanya. Untuk tahun 2026, bateri bersaiz lebih besar dilihat akan disertakan.

Redmi Charging

Sebelum ini, kita sedia mendengar laporan berkenaan Honor dengan telefon berkapasiti 10,000mAh yang dijangka dipasarkan pada awal 2026. Selain Honor, kini hadir laporan mengatakan Xiaomi turut dalam persiapan sama.

Xiaomi dikatakan telah berjaya membangunkan peranti berjenama dengan bateri berkapasiti 9000mAh. Tidak setakat itu, mereka juga sedang dalam fasa melakukan ujian makmal melibatkan bateri berkapasiti sehingga 10,000mAh.

Kedua-dua bateri ini dijangka menawarkan pengecasan mencapai 100W padanya. Mengikut desas-desus, peranti pertama dengan bateri 9000mAh oleh Xiaomi ini dikatakan adalah Redmi Turbo 5.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut, dan menyaksikan persaingan dari segi penawaran bateri pada peranti pada tahun 2026 kelak.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link