Malaysia Oversight

Xiaomi Malaysia Mengacah Kehadiran Siri Redmi Note 15 Tidak Lama Lagi

By Amanz in January 2, 2026 – Reading time 1 minute
Redmi Note 15 Pro, Note 15 Pro 5G dan 15 Pro+ Edisi Global Dilancarkan


Xiaomi Malaysia Mengacah Kehadiran Siri Note 15 Tidak Lama Lagi

January 2, 2026
Xiaomi

Aman

Xiaomi Malaysia kini telah mula mengacah kehadiran siri telefon pintar Redmi Note 15 untuk pasaran tempatan. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapa model Note 15 yang akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Sebelum ini, Xiaomi telah mengumumkan siri Redmi Note 15, dengan tiga model berbeza, iaitu Redmi Note 15 Pro+, Redmi Note 15 Pro, dan Redmi Note 15 Pro 5G.

Redmi Note 15 Pro A

Redmi Note 15 Pro hadir dengan cip Helio G200 Ultra, Redmi 15 Pro 5G dengan cip Dimensity 7400-Ultra, dan Redmi Note 15 Pro+ dengan cip Snapdragon 7s Gen 4. Pelbagai perkara lain turut berbeza antara satu sama lain model, termasuk penawaran bateri dan juga sensor kamera.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pelancaran siri Redmi Note 15 ini di Malaysia tidak lama lagi, dan apakah spesifikasi khusus siri peranti berkenaan di Malaysia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link