Malaysia Oversight

Xiaomi Kini Jual Mesin Kopi Semi-Automatic Espresso Di Malaysia Pada Harga RM399

By Amanz in January 15, 2026 – Reading time 1 minute
Xiaomi Kini Jual Mesin Kopi Semi-Automatic Espresso Di Malaysia Pada Harga RM399


Xiaomi Kini Jual Mesin Kopi Semi-Automatic Espresso Di Malaysia Pada Harga RM399

January 15, 2026
Xiaomi

Amy Maizuraa

Xiaomi Mijia Semi-Automatic Espresso kini boleh didapati di Malaysia. Mesin kopi ini direka dengan lebar hanya 14 inci menjadikannya sesuai untuk meja atau dapur kecil. Tubuhnya diperbuat daripada keluli tahan karat yang tahan kakisan serta telah lulus ujian SGS gred makanan.

Xiaomi Semi Automatic Espresso 78

Ia turut dilengkapi dengan pam berputar 20Bar dari Itali bersama kawalan sensor suhu NTC (Negative Temperature Coefficient) masa nyata yang memastikan hasil kopi sentiasa konsisten. Selain itu, tongkat wap berputar 360° dengan muncung 8mm membolehkan pengguna menghasilkan buih susu halus untuk latte art, manakala kawalan sentuhan pintar menjadikan penggunaan mesin lebih mudah.

Xiaomi Semi Automatic Espresso 3
Xiaomi Semi Automatic Espresso 1 edited
Xiaomi Semi Automatic Espresso 78.jpg99 edited

Seterusnya, tangki air boleh tanggal berkapasiti 0.9L membolehkan beberapa hidangan disediakan tanpa perlu kerap diisi semula. Komponen seperti dulang titisan dan muncung wap juga direka sebaiknya agar mudah dibersihkan. Mesin ini bukan sahaja boleh membancuh espresso, Americano dan teh malah sesuai untuk minuman sejuk seperti latte ais.

IMG 20260115 170338

Xiaomi Semi-Automatic Espresso kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM399. Selain itu, terdapat promosi jualan terhad pada harga RM369 untuk tempoh tertentu.



Source link