Malaysia Oversight

Xiaomi Jangka Harga Telefon Mungkin Naik Pada 2026 Disebabkan Kekurangan Cip Memori

By Amanz in November 18, 2025 – Reading time 1 minute
Xiaomi Jangka Harga Telefon Mungkin Naik Pada 2026 Disebabkan Kekurangan Cip Memori


Xiaomi Jangka Harga Telefon Mungkin Naik Pada 2026 Disebabkan Kekurangan Cip Memori

November 18, 2025
Xiaomi

Aman

Xiaomi sedia terkenal dengan penawaran peranti pada harga kompetitif, termasuk melalui siri dan Poco. Walaubagaimanapun, untuk tahun hadapan, Xiaomi menjangkakan ia akan mencabar dalam mengekalkan harga jualan telefon pada harga kompetitif seperti sebelum-sebelum ini.

Salah satu sebabnya adalah kerana kekurangan bekalan cip memori, yang mana merupakan komponen kritikal dalam penghasilan telefon pintar.

Siri Xiaomi 15T 2

Perkongsian pihak Xiaomi ini hadir selari perkongsian SMIC sebelum ini mengatakan pasaran menghadapi kekurangan bekalan cip memori yang mungkin memberikan impak terhadap pengeluaran kenderaan elektrik dan juta peranti elektronik lain pada 2026. Kekurangan bekalan ini dikaitkan dengan permintaan untuk arena kecerdasan buatan yang inginkan juga akses kepada cip memori berprestasi tinggi.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita saksikan kesannya pada harga jualan peranti bermula 2026 kelak.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link