Malaysia Oversight

Xiaomi Akan Perkenal Cip SoC Yang Dibangunkan Sendiri – Xring01

By Amanz in May 15, 2025 – Reading time 1 minute
Xiaomi Akan Perkenal Cip SoC Yang Dibangunkan Sendiri – Xring01


Xiaomi

Xiaomi Akan Perkenal Cip SoC Yang Dibangunkan Sendiri – Xring01

May 15, 2025

Aman

Lei Jun, CEO Xiaomi hari ini mengumumkan Xiaomi telah membangunkan cip SoC untuk telefon pintar yang tersendiri, dinamakan Xring01. Cip ini bakal dilancarkan pada penghujung Mei 2025 ini.

Xiaomi Xring 01

Untuk makluman, Xiaomi sedia membangunkan beberapa cip dengan fungsi khusus sebelum ini, termasuk untuk pengimejan dan juga pengurusan tenaga. Dengan membangunkan cip pemprosesan penuh ini, Xiaomi dilihat mengambil langkah awal mengurangkan kebergantungan kepada syarikat luar, dan hadir dengan pembangunan tersendiri yang mengintegrasikan pelbagai ekosistem mereka.

Pada hari ini, beberapa pengeluar peranti sedia membangunkan cip mereka tersendiri, termasuk Huawei, Samsung dan . Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk cip pemprosesan ini masih tidak dikongsikan lagi. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung Mei ini untuk melihat sendiri penawaran SoC tersendiri Xiaomi ini.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link