Xiaomi 17 Ultra Edisi Leica Turut Diperkenalkan – Hadir Dengan Gelang Zum Mekanikal
Aman
Bersama-sama pengenalan Xiaomi 17 Ultra, sebuah telefon pintar edisi terhad turut diperkenalkan, iaitu Xiaomi 17 Ultra Edisi Leica. Versi ini hadir dengan beberapa perbezaan ketimbang versi Xiaomi 17 Ultra biasa.
Dari segi rekaan, ia membawakan rekaan dwi-tona gabungan kemasan kulit dan pusam (matte), serta menjadi telefon dengan kamera Leica pertama yang hadir dengan logo ikonik pada bahagian belakang.

Selain itu, ia turut menyertakan mod rakaman tambahan, termasuk pilihan “Leica M9 Style” dan juga “Leica M3 Style” – sekaligus memberikan hasil rakaman selari kamera Leica lagenda.
Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah sebuah gelang zum mekanikal fizikal pada bahagian belakang, membolehkan anda menyesuaikan rakaman zum dan lain-lain dengan menggerakkan gelang berkenaan.
Di China, Xiaomi menawarkan Xiaomi 17 Ultra Edisi Leica ini pada harga 8999 Yuan (sekitar RM5170), yang hadir bersama 16GB memori dan 1TB storan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






