Malaysia Oversight

Xiaomi 17, 17 Pro dan 17 Pro Max Kini Rasmi Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 Serta Kamera Leica

By Amanz in September 25, 2025 – Reading time 2 minute
Xiaomi 17, 17 Pro dan 17 Pro Max Kini Rasmi Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 Serta Kamera Leica


Xiaomi 17, 17 Pro dan 17 Pro Max Kini Rasmi Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 Serta Kamera Leica

September 25, 2025
Xiaomi

Effi Saharudin

Xiaomi 17, Xiaomi 17 Pro dan Xiaomi 17 Pro Max secara rasmi dilancarkan sebagai telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Ketiga-tiga peranti dipasarkan sebagai peranti mercu dengan kemampuan memproses tinggi yang dipadankan dengan sistem kamera Leica.

Xiaomi 17 Pro Max B 1

Xiaomi 17 Pro Max ialah model paling mercu dengan ia dilengkapi skrin utama 6.9″ AMOLED LTPO 120Hz dengan skrin sekunder di belakang pula sebesar 2.9″ AMOLED 120Hz. Skrin utama adalah rata dengan sokongan paparan Dolby Vision. Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dipadankan dengan memori sehingga 16BB RAM LPDDR5x, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri 7500 mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar serta 50W secara nirwayar.

Xiaomi 17 Pro Max C 1

Kamera utama terdiri daripada 50MP sudut lebar, 50MP ultra lebar dan 50MP telefoto dengan zum optikal sehingga 5X. Di hadapan pula sekali lagi sensor 50MP digunakan. Tubuh peranti melepasi piawaian IP68 dan juga mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin ultrasonik,pemancar infra merah dan sistem speaker audio.

Xiaomi 17 Pro Max A

Xiaomi 17 Pro adalah peranti yang berkongsi spesifikasi sama cuma skrin 6.3″ AMOLED LTPO 120Hz dengan skrin sekunder di belakang pula sebesar 2.7″ AMOLED 120Hz. Bateri pula hanya sebesar 6300 mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar serta 50W secara nirwayar. Spesifikasi lain adalah sama dengan model 17 Pro Max.

Xiaomi 17 A

Akhir sekali Xiaomi 17 dilengkapi skrin utama 6.3″ AMOLED LTPO 120Hz tanpa skrin sekunder tetapi. dengan sokongan paparan Dolby Vision. Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri 7000 mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar serta 50W secara nirwayar.

Xiaomi 17 B

Kamera utama terdiri daripada 50MP sudut lebar, 50MP ultra lebar dan 50MP telefoto dengan zum optikal sehingga 5X. Di hadapan juga sensor 50MP digunakan. Tubuh peranti melepasi piawaian IP68 dan juga mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin ultrasonik, pemancar infra merah dan sistem speaker audio.

Ketiga-tiga peranti menggunakan sistem operasi HyperOS 3 berasaskan Android 16 dengan ciri baharu seperti Xiaomi Super Island dan kemampuan menyokong ekosistem secara lebih meluas. Harga jualan adalah seperti di bawah.

  • Xiaomi 17 Pro Max (12/256 GB) – RMB 5999 (~RM 3544)
  • Xiaomi 17 Pro Max (16/512 GB) – RMB 6299 (~RM 3712)
  • Xiaomi 17 Pro Max (16/1000 GB) – RMB 6999 (~RM 4135)
  • Xiaomi 17 Pro (12/256 GB) – RMB 4999 (~RM 2953)
  • Xiaomi 17 Pro (12/512 GB) – RMB 5299 (~RM 3130)
  • Xiaomi 17 Pro (16/512 GB) – RMB 5599 (~RM 3307)
  • Xiaomi 17 Pro (16/1000 GB) – RMB 5999 (~RM 3544)
  • Xiaomi 17 (12/256 GB) – RMB 4499 (~RM 2658)
  • Xiaomi 17 (12/512 GB) – RMB 4799 (~RM 2835)
  • Xiaomi 17 (16/512 GB) –RMB 4999 (~RM 2953)

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link