Malaysia Oversight

Xiaomi 16 Ultra Bakal Hadir Dengan Logo Ikonik Leica Lebih Menonjol

By Amanz in September 4, 2025 – Reading time 1 minute
Xiaomi 16 Ultra Bakal Hadir Dengan Logo Ikonik Leica Lebih Menonjol


Xiaomi 16 Ultra Bakal Hadir Dengan Logo Ikonik Leica Lebih Menonjol

September 4, 2025
Fotografi
Xiaomi

Amy Maizuraa

Xiaomi dijangka melancarkan telefon pintar terbaharunya Xiaomi 16 Ultra dengan satu perubahan yang menarik perhatian ramai. Berdasarkan maklumat yang tertiris, peranti ini dijangka hadir dengan logo Leica yang lebih jelas. Ia menampilkan reka bentuk ikonik berbentuk bulat berwarna merah dengan tulisan putih Leica di tengahnya.

Logo Xiaomi x Leica

Logo tersebut sebelum ini hanya terdapat pada kotak Xiaomi 15 Ultra dan tidak digunakan pada badan telefon. Kini kehadirannya secara langsung pada Xiaomi 16 Ultra menunjukkan bahawa kerjasama antara Xiaomi dan Leica masih diteruskan malah mungkin semakin kukuh.

Xiaomi 16 Ultra dijangka dilancarkan secara global pada Februari tahun hadapan kalau mengikut jadual pelancaran model sebelumnya. Antara ciri yang dijangka termasuk skrin LTPO OLED bersaiz 6.85-inci 2K+ dan bezel simetri yang lebih nipis berbanding .

Xiaomi 14 Ultra Photography Kit Edited 16

Peranti juga dijangka menggunakan cip mercu baharu daripada Qualcomm yang mungkin dinamakan Snapdragon 8 Elite Gen 5. Jika benar, Xiaomi 16 Ultra bakal hadir dengan paparan berkualiti tinggi dan prestasi yang lancar untuk kegunaan harian.

GSMArena

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link