Malaysia Oversight

xAI Perkenal Penawaran Grok Untuk Perniagaan Dan Perusahaan

By Amanz in January 1, 2026 – Reading time 1 minute
xAI Perkenal Penawaran Grok Untuk Perniagaan Dan Perusahaan


xAI Perkenal Penawaran Grok Untuk Perniagaan Dan Perusahaan

January 1, 2026
Kecerdasan Buatan

Aman

xAI merupakan firma memfokuskan kecerdasan buatan yang diterajui oleh Elon Musk. Ia sedia menawarkan perkhidmatan chatbot tersendiri dinamakan Grok melalui X dan juga Telegram, selain aplikasi khusus untuknya. Selepas sekian lama menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada pengguna awam, kini xAI turut hadir dengan pelan Grok Business dan juga Grok Enterprise.

Grok Business

Melalui penawaran ini, ia sekaligus memperlihatkan fokus xAI terhadap arena perusahaan dalam menjana pendapatan. Syarikat boleh lakukan langganan, dan seterusnya semua pekerja boleh menggunakan dalam meningkatkan produktiviti dan kolaborasi.

xAI menyatakan pelbagai data yang digunakan ketika mengakses perkhidmatan ini adalah milik syarikat sepenuhnya, dan tidak akan digunakan untuk tujuan latihan.

Grok Business dioptimasikan untuk penggunaan perniagaan, sementara Grok Enterprise turut hadir dengan ciri seperti log masuk menggunakan akaun syarikat sedia ada, serta beberapa ciri tambahan.

Grok Business ditawarkan pada harga $30 sebulan untuk seorang pengguna, sementara Grok Enterprise memerlukan syarikat menghubungi pihak xAI disebabkan keperluan kustomasi tambahan.



Source link