Malaysia Oversight

xAI Menyaman Apple Dan OpenAI – Mengatakan Kedua-duanya Mengekang Persaingan Dalam AI

By Amanz in August 26, 2025 – Reading time 1 minute
xAI Menyaman Apple Dan OpenAI – Mengatakan Kedua-duanya Mengekang Persaingan Dalam AI



mahkamah

xAI Menyaman Dan OpenAI – Mengatakan Kedua-duanya Mengekang Persaingan Dalam AI

August 26, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

Firma kecerdasan buatan milik Elon Musk, iaitu xAI kini telah memfailkan saman ke atas dan juga OpenAI, mengatakan kedua-dua syarikat tersebut berkonspirasi dalam mengekang persaingan di arena kecerdasan buatan. Saman difailkan bukan sahaja oleh xAI, tetapi juga oleh syarikat media sosial X yang kini telah diambil-alih oleh xAI.

xAI mengatakan Apple tidak mengutamakan aplikasi kecerdasan buatan lain yang bersaing dengan ChatGPT, termasuk aplikasi Grok di App Store. Sebaliknya, ia lebih mengutamakan ChatGPT milik OpenAI, termasuk mengintegrasikannya pada produk-produk Apple. Pada masa yang sama, xAI mengatakan Apple membuatkan pengguna tiada sebab untuk memuat-turun aplikasi AI lain, disebabkan oleh integrasi ChatGPT secara terbina pada produk Apple seperti di iOS dan macOS.

Disamping itu, xAI mengatakan Apple turut tidak menyertakan aplikasi X dan juga Grok dibawah kategori “Aplikasi Perlu Dimiliki” di App Store, berbanding aplikasi ChatGPT yang disertakan pada bahagian berkenaan – walaupun kedua-dua aplikasi berkenaan mempunyai skor yang baik, serta angka pengguna yang tinggi.

Pemfailan saman ini dilihat selari dengan apa yang disebut oleh Elon Musk beberapa minggu lepas. Namun, ketika itu, Apple menafikan mengatakan App Store pilih kasih seperti yang didakwa.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link