Malaysia Oversight

xAI Dan Telegram Bekerjasama – Akan Integrasi Grok Pada Perkhidmatan Permesejan Telegram

By Amanz in May 29, 2025 – Reading time 1 minute
xAI Dan Telegram Bekerjasama – Akan Integrasi Grok Pada Perkhidmatan Permesejan Telegram


xAI Dan Telegram Bekerjasama – Akan Integrasi Grok Pada Perkhidmatan Permesejan Telegram

May 29, 2025

Aman

xAI, syarikat memfokuskan pembangunan kecerdasan buatan milik Elon Musk, kini mengumumkan kerjasama dengan pihak Telegram, dalam mengintegrasikan sokongan Grok terus pada aplikasi permesejan berkenaan. Untuk tujuan berkenaan xAI akan membayar Telegram sebanyak $300 juta dalam bentuk tunai dan ekuiti, selain mana berkongsi pendapatan langganan xAI yang dijual melalui Telegram.

Grok Telegram

Kerjasama ini adalah untuk tempoh selama setahun. Dengan langkah ini, Telegram akan mengintegrasikan Grok secara menyeluruh pada perkhidmatan permesejan berkenaan, membolehkan pengguna melakukan pelbagai perkara menarik melaluinya.

Ini termasuk untuk melakukan carian dan bertanya terus kepada Grok, menjana pelekat dikuasakan AI, meminta merumuskan perbualan berkumpulan, meringkaskan dokumen yang dikongsikan, melakukan pengawasan perbualan dalam kumpulan, dan sebagainya. Integrasi ini akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.

Ia tidak diketahui sama ada kerjasama ini turut melibatkan perkongsian data atau sebaliknya.

Sebelum ini, xAI telah mengambil-alih perkhidmatan sosial X yang tuut dimiliki oleh Elon Musk, dalam usaha menguruskan syarikat dengan lebih baik, selain mempercepatkan lagi pembangunan model kecerdasan buatan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link