
X Mengemaskini Syarat Penggunaan Platform Untuk Mengekalkan Hak Milik Penjenamaan Twitter
Nazrin
Seperti yang sedia maklum, apabila Elon Musk mengambil-alih Twitter pada tahun 2023, beliau telah menukar nama platform tersebut sebagai “X” dan telah membuang semua penggunaan jenama Twitter untuk membolehkan pengguna lebih biasa menggunakan jenama terbaru itu.
Baru-baru ini juga, kami telah melaporkan tentang “Operation Bluebird” yang mahu menggunakan jenama Twitter dan juga penjenamaan yang terkait, seperti Tweet dan sebagainya, kerana secara teknikal, X telah membuang penggunaan penjenamaan tersebut daripada terma dan syarat mereka untuk sekian lamanya, dan ini membolehkan sesiapa yang mahu menggunakannya boleh memfailkan permintaan kepada US Patent and Trade Office.
Menariknya, pada hari ini pihak X telah mengemaskini terma dan syarat penggunaan platform tersebut, dengan satu perenggan teks yang mengatakan bahawa X masih lagi memiliki hak penggunaan nama Twitter, dan tiada apa-apa dalam terma dan syarat yang mengatakan sesiapa pun mempunyai hak untuk menggunakan penjenamaan tersebut.
Nothing in the Terms gives you a right to use the X name or Twitter name or any of the X or Twitter trademarks, logos, domain names, other distinctive brand features, and other proprietary rights, and you may not do so without our express written consent.
X juga telah memfailkan saman balas terhadap Operation Bluebird yang mengatakan bahawa X masih lagi mempunyai hak milik keatas penjenamaan tersebut.






