X Aktifkan Ciri Melihat Negara Asal Pemilik Akaun
Effi Saharudin
Selepas diacah dan diuji selama dua minggu, X akhirnya mengaktifkan ciri yang membolehkan lokasi negara asal pemilik akaun disemak oleh pengguna lain. Ciri ini diaktifkan pada hari Sabtu dengan lokasi akaun dilihat dengan menekan tarikh bila akaun didaftarkan.

Secara lalai ciri ini akan menunjukkan negara asal dan stor aplikasi yang digunakan oleh pemilik akaun. Pemilik akaun boleh mengubah tetapan untuk mengubah lokasi daripada negara ke rantau sekiranya ingin menjaga privasi. Sejak ciri ini diaktifkan semalam, terdapat puluhan akaun yang mengaku berasal dari negara X didedahkan sebagai penipu.
Akaun yang menyokong Israel didapati berasal dari India dan penyokong tegar gerakan MAGA pula berasal dari negara Eropah Timur atau Rusia. Ini mengesahkan prasangka pengguna sejak sekian lama majoriti akaun-akaun ini sekadar petani kemarahan yang dibuka untuk menjana pendapatan menerusi Twitter Premium.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






