Malaysia Oversight

Windows 11 Menerima Satu Lagi Kemaskini Tidak Dirancang Kerana Pelbagai Isu

By Amanz in January 26, 2026 – Reading time 1 minute
Windows 11 Menerima Satu Lagi Kemaskini Tidak Dirancang Kerana Pelbagai Isu


Windows 11 Menerima Satu Lagi Kemaskini Tidak Dirancang Kerana Pelbagai Isu

January 26, 2026
Microsoft

Effi Saharudin

Minggu lalu satu kemas kini tidak dirancang telah diedarkan oleh Microsoft kerana pengguna melaporkan PC tidak boleh dimatikan atau memasuki mod hibernasi selepas tampalan sekuriti 13 Januari 2026 (KB5074109) dimuat turun. Tetapi pada Sabtu lalu, sebuah lagi kemas kini tidak dirancang diberikan bagi menyelesaikan isu kritikal baharu yang dikesan.

Windows Update

Kemas kini KB5078127 ialah tampalan sekuriti Windows 11 yang menyelesaikan isu perkhidmatan yang memerlukan sandaran awanan seperti OneDrive dan Dropbox tidak boleh diakses. Pengguna Windows 11 diminta memuat turun tampalan sekuriti terkini untuk menyelesaikan pelbagai isu yang muncul disebabkan oleh KB5074109.

Tahun 2026 tidak bermula dengan baik untuk Microsoft. Selain tampalan sekuriti yang mendatangkan isu yang tidak diundang, masalah prestasi Windows 11 juga muncul sejak kebelakangan ini menyebabkan PC terasa lebih perlahan daripada sepatutnya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link