Malaysia Oversight

Windows 11 Memintas Windows 10 Sebagai Sistem Operasi Windows Dengan Jumlah Pengguna Tertinggi

By Amanz in July 7, 2025 – Reading time 1 minute
Windows 11 Memintas Windows 10 Sebagai Sistem Operasi Windows Dengan Jumlah Pengguna Tertinggi


Microsoft

Windows 11 Memintas Windows 10 Sebagai Sistem Operasi Windows Dengan Jumlah Pengguna Tertinggi

July 7, 2025

Nazrin

Microsoft telah memperkenalkan sistem operasi Windows 11 sekitar suku keempat 2021, dan penggunaannya dilihat tidak begitu tinggi kerana orang ramai sudah biasa dengan sistem operasi Windows 10, dan tidak melihat sebab mengapa mereka perlu menukar ke sistem operasi yang lebih baru, khususnya apabila pengguna perlu menaiktarafkan komputer mereka.

Statcounter baru-baru ini telah mengemaskini laman web graf pengguna sistem operasi Microsoft Windows mereka, dan memperlihatkan bahawa pada bulan ini, peratusan pengguna sistem operasi Windows 11 telah memintas jumlah pengguna Windows 10 secara global untuk kali pertama sejak Windows 11 diperkenalkan.

image 21

Pada permulaan bulan Julai 2025, ia dilihat bahawa jumlah pengguna sistem operasi Windows 11 global adalah pada 51.77 peratus berbanding dengan Windows 10 pada 45.02 peratus.

Perubahan kepada Windows 11 dilihat meningkat dengan mendadak kerana lebih banyak sokongan sekuriti dan ciri-ciri baru diperlihatkan pada Windows 11 dan tidak Windows 10. Satu lagi sebab ialah kerana Microsoft akan menamatkan sokongan rasmi sistem operasi ini pada 14 Oktober 2025.

Menurut angka yang diperlihatkan oleh Statcounter juga, ia dilaporkan bahawa peranti Windows 11 sudah melangkaui jumlah 700 juta peranti. Dengan penamatan sokongan sistem operasi Windows 10 dijangka tiba pada 14 Oktober ini, jangkaannya ialah peratusan pengguna yang akan menaiktaraf komputer mereka ke Windows 11 dijangka akan meningkat dengan mendadak menjelang bulan tersebut.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link