Malaysia Oversight

Windows 11 Kini Mempunyai Lebih 1 Bilion Pengguna

By Amanz in January 29, 2026 – Reading time 1 minute
Windows 11 Kini Mempunyai Lebih 1 Bilion Pengguna



1 1

Windows 11 Kini Mempunyai Lebih 1 Bilion Pengguna

January 29, 2026
Microsoft

Aman

Microsoft hari ini berkongsi menyatakan Windows 11 kini mencatatkan sejarah tersendiri, dan telah mencapai angka pengguna melangkaui lebih 1 bilion pengguna. Microsoft turut menyatakan Windows 11 menjadi sistem operasi Windows yang paling pantas mencapai angka 1 bilion pengguna, lebih pantas berbanding Windows 10.

Windows 11 telah diperkenalkan pada Oktober 2021 yang lepas, dan kini ia mencatatkan angka 1 bilion dalam masa sekitar 4 tahun lebih. Windows 11 juga ditawarkan untuk komputer sahaja, berbeza dengan Windows 10 yang turut mengambil kira penggunaan pada telefon pintar.

Kebelakangan ini, Microsoft sedia menambah sejumlah ciri-ciri tambahan pada Windows 11, dan ada yang tidak mengemarinya. Microsoft juga turut telah menambah sokongan kecerdasan buatan rentas sistem operasi dan perisian dibawah mereka.

Bergerak kehadapan, kini ramai menantikan apakah sistem operasi Windows seterusnya, dan bilakah ia akan diperkenalkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link