Tahun lalu Wikimedia Enterprise dilancarkan sebagai cara melesenkan data kandungan Wikimedia kepada syarikat yang ingin menggunakan bagi tujuan latihan kecerdasan buatan. Semalam sempena ulang tahun Wikipedia yang ke-25, Amazon, Meta, Microsoft, Mistral AI, and Perplexity kini diumumkan sebagai pelanggan terkini Wikimedia Enterprise.

Mereka kini menyertai Google, Ecosia, Nomic, Pleias, ProRata, dan Reef Media yang telahpun menggunakan Wikimedia Enterprise lebih awal. Menerusi pelesenan, semua organisasi ini menggunakan Wikimedia Enterprise untuk mengintegrasikan pengetahuan yang dihasilkan oleh manusia ke dalam platform mereka pada skala besar.
Selain melesenkan kandungan Wikipedia kepada pelanggan, pelanggan boleh mengakses API yang memberikan versi terkini artikel yang diperlukan dan juga memuat turun data yang diperlukan dengan segera.





