Wikipedia kini berusia 25 tahun dan suku abad sejak dilancarkan pada 15 Januari 2001, Wikipedia versi Bahasa Melayu kini mempunyai 435,698 rencana sejak projek dimulakan pada Oktober 2022 dengan ia dilawati sebanyak 9 juta kali sebulan. Ini adalah peningkatan daripada 400,000 rencana diterbitkan seperti yang telah kami laporkan pada Januari 2025.
Wikipedia Bahasa Melayu kini mempunyai lebih 400 penyunting yang menjaga kualiti. Secara keseluruhannya, terdapat purata 1,276 penyumbang dari Malaysia setiap bulan yang melakukan hampir 53,000 suntingan.

Sukarelawan Wikimedia tempatan di Malaysia juga terlibat dengan projek Wikikata Project yang
mendokumentasikan dan memelihara bahasa-bahasa peribumi terancam seperti bahasa-bahasa terancam seperti Iban, Kadazandusun dan lain-lain di Wiktionary. Pada Oktober 2024, inisiatif ini menerima penaiktarafan antarabangsa Anugerah Gaun Hijau Antarabangsa 2024 dan mendapat pengiktirafan dalam Anugerah RCE.
Melalui program kerjasama ini, rakyat Malaysia menyumbang kepada pengekalan identiti budaya mereka dan memastikan budaya mereka terus hidup dalam ekosistem global, bukan sekadar tersimpan dalam buku lama.
Selamat hari jadi Wikipedia. Dalam sama 25 tahun ia mempunyai reputasi sebagai laman dengan fakta tidak boleh dipercayai tetapi kini menjadi pustaka ilmu duniawi yang menjadi rebutan syarikat kecerdasan buatan (AI) untuk melatih pelbagai model AI serta menjadi ikutan Grokipedia.





