WhatsApp Untuk iPad Dilancarkan – Kini Boleh Dimuat-Turun
May 27, 2025
•
Aman
Setelah dinantikan sekian lama, hari ini secara rasminya Meta memperkenalkan aplikasi WhatsApp yang dioptimasikan khusus untuk paparan skrin iPad.

WhatsApp untuk iPad menawarkan sejumlah ciri seperti yang ditawarkan untuk iPhone, selain dioptimasikan untuk papran iPadOS – seperti tetingkap yang dibahagikan dua bersama aplikasi lain. Menggunakan WhatsApp pada iPad, pengguna boleh melakukan tugasan produktiviti, sambil kekal mengakses aplikasi permesejan berkenaan. Ia juga turut boleh digunakan untuk panggilan video berkumpulan sehingga 32 orang pada sesuatu masa.
Bagi anda yang berminat dan menggunakan iPad, boleh memuat-turun aplikasi WhatsApp untuk iPad ini hari ini di Apple App Store.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.