WhatsApp Sedang Membangunkan Akaun Sekunder Dengan Kawalan Ibu Bapa
Amy Maizuraa
WhatsApp sedang membangunkan ciri baharuSecondary Accounts dengan kawalan ibu bapa yang akan berfungsi sebagai akaun sekunder untuk kanak-kanak dengan akses terhad. Akaun ini akan dipautkan kepada akaun utama ibu bapa bagi membolehkan mereka mengawal tetapan privasi dan memastikan penggunaan lebih selamat serta sesuai untuk pengguna muda.

Ciri ini diwujudkan untuk memberi ibu bapa kawalan terhadap privasi termasuk siapa yang boleh menghantar mesej atau membuat panggilan kepada anak mereka. Manakala secara lalai, akaun sekunder ini hanya membenarkan komunikasi daripada kenalan sekali gus mengurangkan risiko mesej atau panggilan tidak diingini.
Selain itu, akaun sekunder ini akan berkongsi laporan asas dengan akaun utama tanpa mendedahkan kandungan mesej kerana perbualan tersebut kekal dilindungi dengan ciri penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption). WhatsApp menjelaskan bahawa ciri ini masih dalam pembangunan dan akan dilancarkan pada kemas kini akan datang.






