WhatsApp Mengacah Aplikasi Untuk iPad Bakal Dilancarkan
May 27, 2025
•
Effi Saharudin
Kami sudah melaporkan berita aplikasi WhatsApp untuk iPad akan dilancarkan sejak 2017. Tetapi yang tunggu tak datang, yang di tangan dah terbang sehinggalah ke hari ini. Tetapi akaun X rasmi WhatsApp semalam memberikan petanda awal bahawa aplikasi untuk iPad mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Walaupun diacah, masih tiada sebarang maklumat bilakah penantian hampir 8 tahun ini akan berakhir. Kali terakhir kewujudannya disahkan ialah pada tahun 2023 apabila tangkapan layar aplikasi yang sedang diuji ditiriskan oleh WABetaInfo. Dengan penggunaan tablet kini semakin berkurangan berbanding zaman pandemik, masih wujudkah permintaan untuknya? Bagaimana pula dengan anda? Masihkan aplikasi WhatsApp untuk tablet dibangunkan?
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.