Malaysia Oversight

WhatsApp Lancarkan Mod Tetapan Sekuriti Ketat Untuk Keselamatan Lebih Tinggi

By Amanz in January 28, 2026 – Reading time 1 minute
WhatsApp Lancarkan Mod Tetapan Sekuriti Ketat Untuk Keselamatan Lebih Tinggi


Intipan oleh ke atas wartawan dan aktivis bukan rahsia. Perisian Pegasus buatan Israel telah digunakan oleh Arab Saudi untuk memantau akan WhatsApp wartawan Jamal Kashoggi sebelum beliau dibunuh. Untuk mengelakkan insiden seperti ini berulang, WhatsApp memperkenalkan mod tetapan sekuriti ketat hari ini khusus untuk golongan wartawan dan tokoh terkemuka yang tidak mahu perbualan mereka dipantau.

Tetapan Akaun Ketat WhatsApp

Strict Account Settings akan menghalang lampiran fail atau media yang dihantar oleh individu yang tidak ada di dalam senarai alamat pengguna. Dengan ini serangan siber yang lebih sofistikated seperti pemasangan aplikasi hasad yang disorok dalam fail-fail seperti ini dapat dihalang.

Ciri tetapan akaun yang lebih ketat ini akan diberikan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang. Ia boleh diakses menerusi Settings > Privacy > Advanced.



Source link