Malaysia Oversight

WD Black SN8100 Ialah Storan SSD PCIe 5.0 Pertama Sandisk – Hadir Dengan Kelajuan Pembacaan Data 14.9GB/s

By Amanz in May 6, 2025 – Reading time 1 minute
WD Black SN8100 Ialah Storan SSD PCIe 5.0 Pertama Sandisk – Hadir Dengan Kelajuan Pembacaan Data 14.9GB/s


Western Digital

WD Black SN8100 Ialah Storan SSD PCIe 5.0 Pertama Sandisk – Hadir Dengan Kelajuan Pembacaan Data 14.9GB/s

May 6, 2025

Nazrin

Seperti sedia maklum, jenama pembuat storan Western Digital dan Sandisk telahpun berpisah. Western Digital dilihat akan memfokuskan kepada pengeluaran storan cakera keras, manakala Sandisk akan bertanggungjawab membangunkan storan flash yang termasuklah storan SSD dan juga kad memori.

Terkini, storan SSD WD SN8100 telah diperkenalkan di beberapa pasaran terpilih tanpa pengumuman, dan menariknya, ia dilihat sebagai produk pertama keluaran Sandisk selepas pemisahan tersebut, dan juga merupakan storan SSD berjenama WD pertama dengan sokongan untuk teknologi penghantaran data PCIe 5.0.

Menariknya, ia juga menandakan bahawa penjenamaan produk sedia ada seperti WD Black akan kekal, walaupun Sandisk telah mengambil-alih bisnes pengeluaran storan SSD daripada Western Digital. Storan ini ditemui di Amazon Germany, dimana pra-tempahan untuk storan ini dibuka, dan akan dijual pada 30 Mei 2025.

image 10

Buat masa ini, pilihan storan yang diperlihatkan ialah 1TB, dan laman web tersebut juga menandakan bahawa ia mempunyai kadar pembacaan data sepantas 14.9GB/s dan kadar penulisan data 14GB/s yang merupakan diantara kadar pembacaan data terpantas di pasaran sekarang.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah Sandisk akan membuka pra-tempahan dan jualan storan SSD ini untuk pasaran-pasaran lain.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link