War Thunder Akan Menawarkan Pesawat TUDM – Su-30MKM, F/A 18D dan MiG-29N
Effi Saharudin
Perhatian kepada peminat permainan War Thunder khususnya kaki simulasi kapal terbang tempatan kerana Gaijin Entertainment mengesahkan tiga pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ditawarkan dalam permainan.

Tiga pesawat TUDM ini ialah Sukhoi Su-30MKM, Boeing F/A 18D dan Mikoyan MiG-29N. Pembangunan sedang dilakukan untuk menawarkan tiga pesawat ini dengan ia diletakkan di bawah pokok teknologi Jepun.

Sukhoi Su-30MKM akan ditawarkan dengan peluru berpandu ARH, SARH, dan IR serta Kh-38MTE, Kh-59 dan Kh-29 untuk serangan udara dan darat. Boeing F/A 18D pula dengan 10 peluru berpandu kawalan radar aktif dan AIM-9L serta M Sidewinder. Akhir sekali Mikoyan MiG-29N pula dengan peluru berpandu R-27, R-73E dan bom graviti.

Spesifikasi akhir pesawat masih lagi diperincikan oleh Gaijin Entertainment sepanjang tempoh pembangunan dengan ia ditawarkan menerusi kemas kini Line of Contact yang akan diumumkan kelak.






