Volkswagen Menutup Kilang Kereta Untuk Diubahsuai Menjadi Hab AI, Robotik dan Cip
Effi Saharudin
Volkwagen menutup kilang pengeluaran kereta mereka yang terletak di Dresden, Jerman dengan ia akan diubahsuai menjadi hab pembangunan kecerdasan buatan (AI), robotik dan kajian rekaan cip. Kilang yang dibuka pada tahun 2001 ini adalah kilang tempatan pertama ditutup VW dalam tempoh 88 tahun.

Langkah yang diambil VW sememangnya tidak mengejutkan kerana pengeluar kenderaan Barat kini berhadapan krisis tidak mampu bersaing dengan kenderaan elektrik (EV) dari China. Kekurangan dari segi kepakaran perisian dan penggunaan cip menyebabkan mereka kini terkejar-kejar dengan inovasi yang diperkenalkan pesaing dari China. Antara isu dihadapi VW ialah perisian kenderaan yang tidak lancar, kurangnya fungsi inovatif dan harga EV China yang jauh lebih mahal.
VW menjadi sebuah lagi syarikat kenderaan yang kini mengubah hala tuju ke dalam arena AI. Semalam kami laporkan Ford mengubahsuai kilang pengeluaran bateri EV untuk menghasilkan pek bateri keperluan industri khususnya pusat data AI.






