Vivo X200T Dilancarkan – Cip Dimensity 9400+ Dan Tri-Kamera 50MP ZEISS
Amy Maizuraa
Vivo menambah satu lagi model di bawah siri X200 pada tahun 2025. Model baharu ini mengekalkan rekaan yang sama seperti beberapa model sedia ada. Namun, pada masa yang sama memberi tumpuan khusus kepada fotografi dengan sokongan teknologi ZEISS.

Vivo X200T hadir dengan skrin AMOLED 6.67 inci beresolusi 2800×1260, menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Peranti ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 9400+ bersama pilihan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5X Ultra dan storan dalaman 512GB UFS 4.1.

Bateri 6200mAh disediakan menyokong pengecasan pantas berwayar 90W dan pengecasan nirwayar 40W. Ia juga menawarkan tetapan tri-kamera 50MP ZEISS, manakala kamera swafoto turut menyokong resolusi 50MP. Lain-lain spesifikasi termasuk sokongan NFC, pengimbas cap jari dalam skrin, bluetooth 5.4, kalis air IP68/69 serta menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16.






