Vivo X200 FE Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
May 25, 2025
•
Amy Maizuraa
Peranti baharu vivo X200 FE melepasi SIRIM Malaysia lantas memberi petunjuk bahawa pelancarannya mungkin akan berlaku dalam masa terdekat. Model ini diyakini dapat menjadi tambahan yang menarik dalam siri X200 yang sedia ada, dan kali pertama versi FE akan diperkenalkan dalam rangkaian vivo X.

Buat masa ini, peranti ini masih belum dilancarkan dalam mana-mana pasaran. Namun, berdasarkan kebiasaan, model dengan penjenamaan “FE” lazimnya direka khas untuk peminat jenama tersebut. Berdasarkan imej tertiris, peranti ini mungkin hadir dengan reka bentuk kompak serta modul kamera yang menyerupai iPhone 16.

Siri vivo X200 sememangnya terkenal dengan sistem kamera canggih serta prestasi yang seimbang dalam kelasnya. Di Malaysia, dua model dalam siri ini telah pun berada di pasaran, dan kehadiran X200 FE bakal menjadi pilihan menarik bagi pengguna yang menginginkan variasi baharu dalam kategori ini. Kita nantikan pengumuman rasmi daripada vivo berkenaan spesifikasi dan tarikh pelancarannya.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.