Vivo akhirnya melancarkan model X200 FE di pasaran Malaysia. Pelancaran ini menambah satu lagi pilihan menarik dalam siri X200 menerusi reka bentuk yang lebih kompak dan moden.


Vivo X200 FE menampilkan skrin LTPO AMOLED 6.31-inci 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Ia menggunakan cip Mediatek Dimensity 9300+ serta dilengkapi 12GB RAM LPDDR5 dan storan 512GB UFS 3.1. Peranti ini turut menjalankan FunTouchOS 15 berasaskan Android 15 yang disertakan beberapa ciri AI seperti AI Translation, Circle to Search with Google, Smart Call Assistant, AI Captions, vivo Docmaster, AI SuperLink dan AI Image Studio.


Sistem kamera peranti ini terdiri daripada gabungan tiga sensor iaitu sensor utama 50MP, sensor telefoto 50MP dan sensor ultra lebar 8MP. Bagi kamera swafoto pula, ia dilengkapi sensor 50MP. Semua lensa ini dibangunkan dengan kerjasama ZEISS di samping menyokong OIS terbina untuk tangkapan gambar dan video lebih jelas. Dalam masa yang sama, vivo turut mengumumkan penawaran ciri AI ‘Four Seasons Portrait yang akan diterima oleh pengguna secara OTA bermula pertengahan Julai ini.


Peranti ini turut dilengkapi bateri jenis karbon-silikon berkapasiti 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Ciri tambahan lain termasuk pengimbas cap jari di skrin, sistem audio stereo, serta penarafan IP68 + IP69.


X200 FE kini rasmi di pasaran Malaysia dengan harga jualan RM3199. Peranti ini hadir dalam empat pilihan warna menarik iaitu merah jambu, biru, kuning dan hitam.


Sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran, pelanggan yang membuat pembelian dalam tempoh pratempahan sehingga 4 Julai 2025 berpeluang menikmati rebat segera sebanyak RM200 yang menjadikan harganya serendah RM2999.

Selain itu, mereka juga berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik lain termasuk:
- Hadiah percuma bernilai sehingga RM1,856
- Pelan ansuran tanpa faedah (0%) sehingga 24 bulan melalui rakan kongsi terpilih
- Rebat segera sehingga RM100 untuk pemegang kad kredit terpilih
Antara hadiah eksklusif yang ditawarkan termasuk fon telinga vivo TWS 3e, set raket Pickleball, jaminan lanjutan selama dua tahun serta perlindungan skrin retak selama satu tahun.