Malaysia Oversight

Vivo V50 Lite 5G Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM1,299

By Amanz in April 29, 2025 – Reading time 1 minute
Vivo V50 Lite 5G Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM1,299


Vivo

Vivo V50 Lite 5G Boleh Didapati Di Malaysia Bermula Harga RM1,299

April 29, 2025

Amy Maizuraa

Vivo telah melancarkan model baharu V50 Lite 5G di Malaysia. Ia direka dengan tumpuan terhadap bateri yang tahan lama lantas menjadikannya sesuai untuk penggunaan sepanjang hari. Selain daripada bateri, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri memadai yang boleh memenuhi keperluan harian pengguna.

IMG 8025
IMG 8024
IMG 8021

Vivo V50 Lite 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.77-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dijana dengan cip MediaTek Dimensity 6300, bersama pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia turut dilengkapi perisian Funtouch OS 15 berasaskan Android 15 untuk pelbagai ciri berasaskan AI seperti AI Album Memories, AI Eraser, AI Photo Enchance, AI Live Text, AI Screen Translation dan Al Circle to Search with Google.

IMG 8012
IMG 8009

Terdapat dwi-kamera utama 50 MP (Sony IMX882) + 8MP, dan swafoto sebesar 32MP disediakan. Ia turut mengekalkan ciri Aura Light yang sesuai digunakan untuk tangkapan imej dalam pencahayaan rendah. Bateri 6500mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 90W. Selain itu, ia turut mempunyai penarafan IP65 dan pembesar suara stereo sebagai nilai tambahan yang menarik.

IMG 8017
IMG 8031

Bagi yang berminat, V50 Lite kini boleh didapati di Malaysia dengan harga bermula RM1,299 (8/256GB), RM1,499 (12/256GB) dan RM1,699 (12/512GB). Telefon ini hadir dalam tiga pilihan warna yang menarik, iaitu Phantom Black, Titanium Gold dan Fantasy Purple.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link