Malaysia Oversight

Vivo S50 Pro Mini Memperlihatkan Rekaan Menyerupai Honor 500

By Amanz in November 28, 2025 – Reading time 1 minute
Vivo S50 Pro Mini Memperlihatkan Rekaan Menyerupai Honor 500


Vivo S50 Pro Mini Memperlihatkan Rekaan Menyerupai Honor 500

November 28, 2025
Vivo

Amy Maizuraa

Selepas Honor, kini vivo pula mengikuti trend dengan rekaan kacukan dan Google. Hal ini dapat dilihat melalui imej Vivo S50 Pro Mini yang dikongsikan di laman Weibo. Model tersebut hadir dengan skrin kecil berukuran 6.31-inci sejenis rata sekali gus menampilkan rekaan yang kemas.

vivo S50 Mini Pro 1

Perincian rekaan turut menampilkan bahagian belakang yang rata dengan lensa tidak timbul manakala keseluruhan kelihatan ringkas. Selain itu, ia dilapisi dengan logam aluminium yang diproses melalui teknologi ukiran khusus sekali gus memberikan tekstur premium dan tahan lasak.

Dari segi prestasi, peranti dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 5 bersama memori LPDDR5X serta storan UFS 4.1 sekali gus memastikan pengalaman penggunaan yang lancar. Sementara itu, bahagian kamera menampilkan sensor utama Sony IMX882 yang digabungkan dengan lensa telefoto serta swafoto 50MP.

iPhone Air

Selain itu, telefon ini turut menyokong pengimbas cap jari ultrasonik 3D versi 2.0 serta dilengkapi bateri berkapasiti 6500mAh dengan pengecasan pantas 90W berwayar dan 40W nirwayar. Di samping itu, ia menawarkan ketahanan air IP69/IP68 dan disertakan motor linear X-axis untuk pengalaman penggunaan yang lebih stabil.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link