Malaysia Oversight

Video Promosi Ciri Skrin Privasi Pada Paparan Samsung Galaxy S26 Pula Tertiris

By Amanz in January 28, 2026 – Reading time 1 minute
Video Promosi Ciri Skrin Privasi Pada Paparan Samsung Galaxy S26 Pula Tertiris


Tular khabar angin bahawa Samsung telah mula menerbitkan video promosi pertama bagi telefon mercu terbaharu mereka Galaxy S26. Menariknya, jenama ini dilihat memberi penekanan terhadap kepentingan ‘Privacy Screen’ sebagai ciri utama.

Ulasan Samsung Galaxy S25 Plus Amanz 22

Video pendek berdurasi 38 saat itu memaparkan tiga situasi berbeza namun semuanya berkongsi satu tujuan yang sama iaitu melindungi privasi pengguna. Ciri ini hadir dengan penyelesaian perkakasan paparan baharu yang menawarkan perlindungan anti-mengintip pada tahap perkakasan. Melaluinya, kandungan peribadi sukar dilihat oleh orang lain dari sudut sisi.

S26 New 01

Ada yang berpendapat pendekatan ini bukan gimik sebaliknya menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi pengguna setiap hari. Samsung dilihat mengambil pendekatan baharu dengan menjadikan privasi sebagai teras utama dalam iklan Galaxy S26. Persoalan yang timbul ialah sejauh mana teknologi paparan ini mampu meningkatkan perlindungan tanpa menjejaskan kecerahan atau warna skrin.

S26 New 02

Dalam masa yang sama, Samsung dijangka masih mengekalkan fokus terhadap kecerdasan buatan (AI), sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Perlindungan daripada bacaan mesej ini mengingatkan kepada fungsi yang ditawarkan oleh Oppo dan Huawei. Namun, pendekatan mereka berbeza kerana bergantung pada perisian bukan perkakasan skrin.

Hal ini turut berkait dengan khabar tular sebelum ini yang menyatakan bahawa ciri ‘Privacy Display’ sedang diuji pada One UI 8.5. Keunikan pendekatan Samsung terletak pada penggunaan perkakasan paparan bukan sekadar helah perisian sekali gus memberi nilai tambah lebih kukuh kepada Galaxy S26.



Source link