Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya Di Malaysia Pada Tahun 2026
Effi Saharudin
Era menghisap rokok elektronik ataupun vape secara “halal” di Malaysia akan tamat pada tahun 2026 dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan isu ini bukan lagi “jika” tetapi “bila” ia akan dilaksanakan. Menurut beliau vape akan diharamkan menjelang pertengahan tahun atau penghujung tahun depan.

Langkah drastik mengharamkan penjualan vape adalah disebabkan kebimbangan terhadap cecair vape yang dicampur bahan terlarang seperti ketamin, MDMA, ganja dan amfetamin. Rampasan vape yang mengandungi dadah terlarang ini semakin meningkat sementara video kemalangan berlaku selepas pengambilannya menerusi vape semakin tular tahun ini.
Yang menjadi isu kelak pastinya mengapa vape diharamkan tetapi usaha kerajaan mengharamkan pengguna bahan tembakau menerusi inisiatif GEG sebelum ini berjaya dipatahkan. Kedua-duanya mendatangkan impak negatif terhadap kesihatan khususnya penyakit kardiovaskular.






