Malaysia Oversight

Valve Mahu Membawa Permainan Komputer Ke Peranti-Peranti ARM

By Amanz in December 3, 2025 – Reading time 2 minute
Set Kepala VR Steam Frame Diumumkan Dengan Snapdragon 8 Gen 3


Valve Mahu Membawa Permainan Komputer Ke Peranti-Peranti ARM

December 3, 2025
Lain-lain

Nazrin

Valve, syarikat teknologi disebalik platform penjualan permainan komputer digital terkemuka Steam, dan pembangun peranti permainan komputer seperti konsol mudah-alih Steam Deck dan konsol komputer Steam Machine baru-baru ini dilaporkan sedang mengerahkan kemampuan teknologi mereka untuk mencuba membawa permainan-permainan komputer ini ke lebih banyak jenis peranti, khususnya ARM.

Dengan pelancaran peranti realiti maya Steam Frame khususnya, ia diketahui bahawa perkakasan ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, sebuah cip pemprosesan ARM. Untuk menggerakkan permainan padanya, Valve telah membangunkan beberapa teknologi seperti lapisan tafsiran engine grafik Proton dan perisian pelagak Fex untuk menggerakkan permainan-permainan komputer menggunakan cip pemprosesan tersebut.

Dalam satu temubual bersama pihak The Verge, Pierre-Loup Griffais yang merupakan salah satu pembangun sistem operasi SteamOS mengatakan bahawa mereka tidak sahaja membangunkan teknologi Proton, tetapi juga perisian pelagak Fex yang digunakan ini.

Steam Frame A

Secara ringkasnya, Valve kini dilihat sedang berada di dalam satu keadaan dimana mereka sedang membiayai pembangunan teknologi yang diperlukan untuk permainan-permainan komputer lebih mudah dimainkan pada pelbagai jenis peranti, dan bukan sahaja komputer x86 yang digerakkan oleh cip-cip pemprosesan Intel dan AMD.

Menurut beliau lagi, dengan pembangunan teknologi-teknologi seperti Fex dan Proton kelak, pembangun permainan tidak lagi perlu membina dua variasi permainan untuk memaksimakan jumlah pengguna. Mereka hanya perlu membangunkan permainan komputer biasa, dan menggunakan Proton dan Fex untuk membolehkan pengguna untuk menggerakkan permainan-permainan kegemaran dengan cepat dan mudah.

Akan tetapi ini mungkin juga bermakna bahawa Valve kelak melalui Steam akan perlu mengemaskini aplikasi gedung permainan mereka untuk membolehkan permainan-permainan ini digerakkan pada peranti Arm pengguna di masa akan datang.

The Verge

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link