Malaysia Oversight

Universiti Sains Malaysia Dan Sandisk Bekerjasama Untuk Membuka Makmal Inovasi Dalam Kampus

By Amanz in August 8, 2025 – Reading time 2 minute
Universiti Sains Malaysia Dan Sandisk Bekerjasama Untuk Membuka Makmal Inovasi Dalam Kampus


Universiti Sains Malaysia Dan Sandisk Bekerjasama Untuk Membuka Makmal Inovasi Dalam Kampus

August 8, 2025
Sains

Nazrin

Universiti Sains Malaysia dan Sandisk Storage Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini telah mengumumkan satu kerjasama untuk membuka makmal inovasi storan digital yang pertama di Malaysia.

Ia dinamakan USM-Sandisk Centre of Innovation and Automation Lab (USM-Sandisk CiA Lab), dan membolehkan para pelajar di universiti tersebut pada semua peringkat dari sarjana muda ke pascasiswazah untuk terlibat dengan penyelidikan, ujian dan pembangunan teknologi storan syarikat tersebut.

image 17

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang merasmikan makmal inovasi tersebut mengatakan “Kerjasama erat antara syarikat pembuatan semikonduktor Sandisk dan USM dilihat sebagai contoh unggul sinergi antara industri dan institusi pengajian tinggi dalam memperkasakan agenda teknologi tinggi negara.”

Beliau juga mengesahkan bahawa pembangunan USM-Sandisk CiA Lab ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Sandisk Storage, termasuklah penyediaan peralatan berteknologi tinggi, kemudahan bertaraf dunia, sumber tenaga elektrik dan air dan juga penyelenggaraan makmal tersebut.

image 18

Datuk Seri Dr Zambry turut mengatakan bahawa kerjasama antara USM dan Sandisk ini merupakan lanjutan kepada program Campus Connect dimana Sandisk menawarkan latihan industri dan pembangunan tenaga kerja profesional baru.

Satu lagi perkara menarik mengenai USM-Sandisk CiA Lab ini ialah fokusnya terhadap pembangunan teknologi automasi yang dinamakan Lights Out Manufacturing yang memanfaatkan penggunaan teknologi robotik, automasi dan kecerdasan buatan untuk membolehkan Sandisk menghasilkan cip memori dan storan 24/7 sepanjang masa dengan penyeliaan minima daripada pekerja manusia.

Pengenalan dan pembangunan konsep Lights Out Manufacturing ini akan diberikan tumpuan oleh USM dan Sandisk dan akan melibatkan 14 projek dibawah tujuh bidang utama dalam Industri 4.0.

Universiti Sains Malaysia

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link