Malaysia Oversight

Universal Music Group Bekerjasama Dengan NVIDIA Membangunkan AI Yang Bertanggungjawab

By Amanz in January 7, 2026 – Reading time 1 minute
Universal Music Group Bekerjasama Dengan NVIDIA Membangunkan AI Yang Bertanggungjawab


Universal Music Group Bekerjasama Dengan NVIDIA Membangunkan AI Yang Bertanggungjawab

January 7, 2026
Audio
Kecerdasan Buatan
NVIDIA

Effi Saharudin

Universal Music Group ((UMG) hari ini mengumumkan kerjasama dengan NVIDIA untuk mempelopori pembangunan kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab untuk penemuan, penciptaan dan penglibatan muzik. Menerusi kerjasama ini, infrastruktur AI NVIDIA dan katalog jutaan muzik UMG akan digunakan dalam latihan AI.

Universal Music Group UMG NVIDIA

Ini adalah kali kedua UMG bekerjasama dengan syarikat AI generatif selepas menandatangani persetujuan dengan Splice pada Disember tahun lalu. Sebelum ini UMG bersama dengan Sony dan Warner Music Group memfailkan saman ke atas syarikat AI generatif muzik seperti Suno kerana mendakwa model AI dilatih menggunakan lagu milik artis mereka tanpa kebenaran dan pampasan yang sewajarnya.

Selain membangunkan AI lebih bertanggungjawab, kerjasama ini juga ingin memudahkan carian muzik oleh pengguna menerusi model Music Flamingo yang dibangunkan NVIDIA. Kerjasama dengan artis turut akan dilakukan bagi menghasilkan alatan menjana muzik secara generatif yang tidak mengeluarkan output sampah AI.



Source link