Malaysia Oversight

Unifi TV Kini Dibuka Kepada Semua, Bukan Hanya Pelanggan Unifi – Tawar 30 Hari Penstriman Percuma

By Amanz in September 13, 2025 – Reading time 1 minute
Unifi TV Kini Dibuka Kepada Semua, Bukan Hanya Pelanggan Unifi – Tawar 30 Hari Penstriman Percuma


Unifi TV Kini Dibuka Kepada Semua, Bukan Hanya Pelanggan Unifi – Tawar 30 Hari Penstriman Percuma

September 13, 2025
Telekomunikasi

Aman

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan Unifi TV 2.0, sekaligus membuka akses perkhidmatan penstriman berkenaan kepada semua pengguna seluruh dunia, dan tidak terhad kepada pelanggan Unifi sahaja seperti sebelum ini.

Unifi TV

Menariknya mengenai Unifi TV ini adalah ia bukan terhad kepada kandungan yang ditawarkan oleh mereka sahaja, tetapi turut mengintegrasikan 15 perkhidmatan penstriman didalamnya, sekaligus memudahkan anda menguruskan langganan dan juga menonton rancangan kegemaran anda.

Unifi TV Mobile

Antara perkhimatan penstriman yang diintegrasikan adalah termasuk Disney+ Hotstar, HBO Max, Viu, SPOTV, dan beIN Sports dan banyak lagi. Sempena dengan pelancaran ini juga, Unifi TV menawarkan akses percuma selama 30 hari kepada semua, termasuk untuk aplikasi penstriman di dalam Unifi TV ini. Pengguna turut boleh mengakses beberapa saluran secara langsung menggunakan Unifi TV ini.

UNIFI TV BM

Dari segi harga, akses Unifi TV bersama 36 saluran ditawarkan pada harga RM8 sebulan. Sementara bersama aplikasi seperti HBO Max ditawarkan pada harga RM21 sebulan, dan meningkat mengikut pilihan pengguna.

Unifi TV Pakej

Daripada percubaan kami sendiri, aplikasi Unifi TV tidak menyertakan akses kepada langganan dan sebagainya, dan pengguna perlu melakukan melalui web, serta melalui beberapa langkah yang dilihat masih belum lancar buat masa ini. Perkara ini mungkin ditambah-baik dalam kemaskini akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman UnifiTV hari ini, atau memuat-turun Unifi TV 2.0 melalui Google Play Store atau App Store hari ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link