Malaysia Oversight

Ulasan Ugreen Magnetic Wireless Powerbank dan Pengecas MagFlow – Untuk Pengguna Apple

By Amanz in November 19, 2025 – Reading time 6 minute
Ulasan Ugreen Magnetic Wireless Powerbank dan Pengecas MagFlow – Untuk Pengguna Apple


Tahun ini kita mula melihat peranti dengan bateri mencecah 7500 mAh di Android. Ia mampu menawarkan penggunaan lebih sehari seperti yang saya nikmati sendiri dengan OnePlus 15 baru-baru ini. Tetapi masih ramai menggunakan peranti dengan bateri kecil dan penggunaan powerbank masih lagi perlu. Sistem pengecasan nirwayar MagSafe juga semakin popular.

Ugreen MagFlow A

Maka apabila Ugreen memberikan akses kepada MagFlow 10,000mAh Power Bank PB773, MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger W752 dan MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger W756 saya terus bersetuju untuk mengujinya.


Ugreen MagFlow 10,000mAh Power Bank PB773

Ugreen MagFlow Powerbank A

SPESIFIKASI

Kapasiti Bateri 10,000mAh 36Wh
Port Sambungan 1x USB-C kabel terbina 1x USB-C 1x Pengecasan nirwayar
Piawaian Pengecasan Berwayar – PD, QC, PPS, AFC, FCP,SCP Nirwayar – MagSafe, Qi2
Kuasa Input 30W Maxgt
Kuasa Output USB-C1 : 5V/3A 9V/3A 12V/2.5A 15V/2A 20V/1.5A 30W Max nm USB-C2 : 5V/3A 9V/3A 12V/2.5A 15V/2A 30W Max Nirwayar: 25W
Skrin LCD
Aksesori Kabel USB-C ke USB-C
Mesra Pesawat Ya
Berat 255 gram
Harga Jualan RM209

Ugreen MagFlow 10,000mAh Power Bank PB773 ialah sebuah powerbank dengan kapasiti 10,000 mAh serta menyokong pengecasan sehingga 30W. Ia adalah powerbank yang berdasarkan pengiklanan di laman Ugreen sendiri direka khusus untuk peranti 17 yang baru sahaja dilancarkan. Maka oleh sebab itu sistem pengecasan MagSafe juga disokong secara terbina.

Ugreen MagFlow Powerbank C

Kemasan tubuh adalah plastik dengan warna biru cair metalik yang membuatkan tubuh kelihatan seperti dibuat menggunakan aluminium. Dengan bentuk berkotak, ia lebih senang dipegang di dalam tangan kerana ia tidak terlalu pipih. Di bahagian sisi kanan terdapat skrin LCD yang kecil memaparkan peratusan bateri yang tinggal, ikon notikasi sedang dicas dan menunjukkan mod pengecasan kuasa rendah.

Si bahagian atas terdapat satu butang kuasa untuk memulakan dan menghentikan pengecasan serta mengaktifkan mod pengecasan kuasa rendah (treacle charge). Sebuah port USB-C dan kabel pengecasan terbina juga terletak di bahagian atas. Kabel terbina mempunyai kemasan fabrik bersulam yang tahan lasak yang juga merangkap tangkap pemegang apabila tidak digunakan. Ugreen memberikan seutas kabel USB-C ke USB-C dengan setiap pembelian.

Ugreen MagFlow Powerbank B

Bahagian hadapan powerbank ini diletakkan pad pengecas MagSafe yang juga menyokong piawaian Qi2. Permukaan pad ini mempunyai lapisan getah lembut yang mengelakkan permukaan peranti tercalar. Kerana terdapat sokongan MagSafe, permukaan ini mempunyai magnet terbina.

Powerbank mempunyai satu pengecas USB-C 30W, satu USB-C 30W dan satu MagSafe 25W. Jika ketiga-tiga atau dua mod pengecasa digunakan serentak, output dihadkan ke 7.5W sahaja setiap satu.

PENGALAMAN PENGGUNAAN

Dengan kapasiti 10,000 mAh, ia mempunyai kapasiti untuk mengecas peranti sehingga sekitar 1.5 kali sebelum perlu dicas semula. Dengan output 30W sahaja, ia mungkin bukan paling pantas tetapi masih memadai untuk mengecas sebuah dalam masa sekitar sejam atau sebuah Galaxy S25 Ultra dalam masa 80 minit.

Memang bukan pantas tetapi Ugreen mengiklankan produk MagFlow mereka untuk maka tiada sebab menawarkan mod pengecasan yang lebih pantas. Untuk mengecas semula bateri 10,000 mAh ini, ia mengambil masa sekitar 2 jam menggunakan pengecas 30W.

Ugreen MagFlow Powerbank D

Sepanjang tempoh ulasan, kabel pengecas terbina yang disertakan amat berguna kerana tak perlu risau kabel tertinggal dan ia juga memudahkan powerbank dibawa di pergelangan tangan apabila berada di luar. Kemasan fabrik yang digunakan juga tahan lasak maka pemilik tidak perlu risau ia terkoyak seperti kabel PVC biasa.

Sistem magnet MagSafe berfungsi dengan baik membolehkan iPhone melekat dengan kemas. Tetapi saya mendapati ia paling serasi dan muat jika digunakan pada model iPhone 17 Pro Max. Pada iPhone 17 Pro, powerbank akan terkeluar sedikit disebabkan oleh bonggol kamera yang besar. Pada iPhone 17 Pro Max, powerbank ini mempunyai saiz sama dengan panel empat segi di belakang telefon.

Berikut ialah beberapa peranti yang sempat saya uji dengan sistem pengecasan nirwayar powerbank ini.

Model Telefon Muat atau Tidak
iPhone 16 Pro Max Muat
iPhone 16 Pro Muat
iPhone 14 Muat
Samsung Galaxy S25 Ultra Menutup lensa kamera
Google Pixel 9/10 Pro XL Muat
Google Pixel 10 Pro Muat
Oppo Find X9 Pro Muat
OnePlus 15 Muat
Honor Magic8 Pro Terkeluar sedikit di bahagian bawah.
Vivo X300 Pro Terkeluar sedikit di bahagian bawah.

Saya tak boleh mencuba kesemuanya tetapi semua peranti dengan bonggol kamera bulat besar tidak boleh memuatkan powerbank ini dengan kemas.

Seperkara lagi yang perlu saya nyatakan ialah sistem magnet pada powerbank hanya melekat paling kuat dengan peranti . Pada peranti Android ada yang sekadar Ok dan ada juga yang agak lemah. Sekali lagi tidak mengejutkan kerana powerbank ini direka untuk digunakan bersama iPhone.

Ugreen MagFlow PowerbankE

Apabila mengecas peranti yang sensitif kepada kuasa tinggi seperti AirPods, Watch atau sebarang TWS, Ugreen menyertakan mod “treacle charge” yang mengecas pada kuasa rendah. Ini diaktifkan dengan menekan butang kuasa selama 3 saat. Ikon nombor pada LCD akan berputar menunjukkan mod diaktifkan. Tekan butang yang sama sebanyak dua kali untuk mematikan pengecasan.

PRO

  • Selamat dibawa dalam kapal terbang.
  • Skrin LCD memaparkan maklumat yang berguna.
  • Kabel USB-C terbina.
  • Menyokong sambungan satu lagi kabel USB-C
  • Sokongan MagSafe dan Qi2.
  • Mod pengecasan kuasa rendah untuk jam dan TWS.

KONTRA

  • Paling serasi dengan produk Apple sahaja.
  • Pengecasan maksimum hanya 30W.
  • Apabila lebih daripada 1 peranti dicas, kuasa mengecas dihadkan ke 7.5W sahaja.
  • Sistem magnet tidak melekat dengan kuasa pada peranti Android.

Ugreen MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger W752

Ugreen MagFlow 2 in 1 25W A

SPESIFIKASI

Port Sambungan 1x USB-C Input 1x USB-C Output
Piawaian Pengecasan PD, QC
Kuasa Input 35W max
Kuasa Output MagSafe – 25W Nirwayar – 5W USB-C – 5W
Aksesori 1x Kabel USB-C ke USB-C
Berat 224 gram
Harga Jualan RM 209

Ugreen MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger W752 ialah pengecas dengan MagSafe bersaiz kompak khusus untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Pengecas ini berbentuk kiub yang apabila dibuka mengubahnya menjadi cagak pengecas untuk bukan sahaja telefon tetapi juga AirPods (atau sebarang fon telinga) dan Apple Watch menerusi port USB-C tambahan di bahagian sisi kanan.

Ugreen MagFlow 2 in 1 25W C

Tubuh kiub diperbuat daripada plastik dengan leher yang menyambungkan dua bahagian pengecas ini diperbuat daripada logam. Walaupun plastik, saya rasakan ia masih terasa premium di dalam tangan. Pada bahagian dermaga MagSafe terdapat lapisan getah lembut untuk mengelakkan peranti tercalar. Bahagian dermaga pengecas boleh dilaras sehingga 70 darjah mengikut pengguna.

Seperti powerbank di atas, pengecas ini menyokong pengecasan MagSafe 25W pada iPhone dan pengecasan 15W pada peranti Android yang menyokong Qi2. Magnet pada dermaga pengecas ini paling serasi digunakan dengan iPhone sahaja. Melekap dengan kuasa sehingga sukar untuk ditanggalkan dengan sengaja. Pemasangan secara menegak dan mendatar boleh dilakukan tanpa risau peranti akan terjatuh. Apabila pengecas berfungsi, lampu LED di bahagian bawah akan menyala dalam warna biru muda.

Ugreen MagFlow 2 in 1 25W B

Pada semua peranti Android, tak ada satupun boleh melekat dengan memberikan keyakinan yang sama. Saya hanya mampu menyambungkan Galaxy S25 Ultra dengan kuat kerana saya mempunyai kerangka Spigen dengan sistem magnet MagSafe terbina. Maka saya hanya boleh sarankan pengecas ini kepada pengguna Apple sahaja.

PRO

  • Menyokong pengecasan MagSafe 25W
  • Rekaan kompak senang dibawa ke mana-mana
  • Menyokong sehingga 3 peranti serentak.
  • Dermaga untuk AirPods.
  • Serasi dengan peranti Apple

KONTRA

  • Pengecasan nirwayar hanya 15W pada peranti Android.
  • Tidak serasi dengan peranti Android tanpa kerangka bermagnet.
  • Lekapan tidak kuat pada peranti Android.

Ugreen MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger W756

Ugreen MagFlow 2 in 1 25W W756 A

SPESIFIKASI

Port Sambungan 1x USB-C Input
Piawaian Pengecasan PD, QC
Kuasa Input 30W max
Kuasa Output MagSafe – 25W Nirwayar – 5W
Aksesori 1x Kabel USB-C ke USB-C
Berat 224 gram
Harga Jualan RM 199

Ugreen MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger W756 ialah pengecas dengan MagSafe seperti di atas tetapi dengan saiz yang lebih besar. Jika W752 berbentuk kiub, W756 bersaiz empat segi tepat. Dari segi ciri, ia sama dengan W752 cuma tiada output USB-C tambahan di bahagian sisi.

Tubuh juga diperbuat daripada plastik dengan bahagian dermaga nirwayar boleh dilaras naik ke sudut 70 darjah. Pada bahagian dermaga MagSafe yang besar, terdapat lapisan getah lembut untuk mengelakkan peranti tercalar. Di bahagian tapak, terdapat dermaga pengecas untuk Airpods atau sebarang fon telinga yang menyokong pengecasan nirwayar sehingga 5W.

Ugreen MagFlow 2 in 1 25W W756 B

Pengecasan MagSafe adalah sehingga 25W pada iPhone dan pengecasan 15W pada peranti Android yang menyokong Qi2. Sekali lagi magnet pada dermaga pengecas ini paling serasi digunakan dengan iPhone sahaja. Pemasangan secara menegak dan mendatar boleh dilakukan tanpa risau peranti akan terjatuh. Apabila pengecas berfungsi, lampu LED di bahagian sisi kiir akan menyala dalam warna biru muda.

Ugreen MagFlow 2 in 1 25W W756 C

Saya hanya boleh sarankan pengecas ini kepada pengguna Apple sahaja kerana sistem magnet pada pad pengecas tidak serasi dengan peranti Android melainkan dengan bantuan kerangka dengan sistem MagSafe.

PRO

  • Menyokong pengecasan MagSafe 25W
  • Rekaan kompak senang dibawa ke mana-mana
  • Menyokong pengecasan sehingga 2 peranti serentak.
  • Dermaga untuk AirPods.
  • Serasi dengan peranti Apple

KONTRA

  • Pengecasan nirwayar hanya 15W pada peranti Android.
  • Tidak serasi dengan peranti Android tanpa kerangka bermagnet.
  • Lekapan tidak kuat pada peranti Android.



Source link