Malaysia Oversight

Ulasan Samsung Galaxy Tab S11 Ultra – Tablet Mercu Untuk Hiburan dan Kerja

By Amanz in October 30, 2025 – Reading time 7 minute
Ulasan Samsung Galaxy Tab S11 Ultra – Tablet Mercu Untuk Hiburan dan Kerja


Ulasan Samsung Galaxy Tab S11 Ultra – Tablet Mercu Untuk Hiburan dan Kerja

October 30, 2025
Samsung

Nur Amzari

Siri Samsung Galaxy Tab S11 sudah pun hadir di pasaran Malaysia sebagai tablet mercu dari jenama ini dengan Samsung Galaxy Tab S11 Ultra merupakan model yang paling tertinggi ditawarkan. Kalau dilihat dari kebolehan tablet ini, ia semestinya menyasarkan kepada golongan kreatif dan juga professional untuk meningkatkan produktiviti. Saya ingin mencuba sendiri Galaxy Tab S11 Ultra ini sebagai pengguna kasual dan adakah ia berbaloi untuk dimiliki.

Samsung Galaxy Tab S11 Ultra
Skrin 14.6″ Dynamic AMOLED 2X, LTPO 2960 x 1848 (WQXGA+) , 120Hz, HDR10+
Pemproses Dimensity 9400+ (3nm)
Cip 1×3.63 GHz Cortex-X925 3×3.3 GHz Cortex-X4 2.4 GHz Cortex-A720
Cip Grafik Immortalis-G925
RAM 12GB LPDDR5X 
Muatan Dalaman 256GB UFS 4.0
Kamera Utama 13MP f/2.0 (Sudut Lebar) 8MP f/2.2 (Ultra Sudut Lebar)
Kamera Swafoto 12 Megapixel f/2.4
Bateri 11600 mAh Pengecasan berwayar 45W
SIM/Telefoni Dwi SIM nano / 5G
NFC Ya
Bicu Audio Tiada
Kalis Air IP68
Sistem Imbasan Pengimbas jari bawah skrin
Harga Jualan RM5999 (12/256GB) WiFi+5G RM5499 (12/256GB) WiFi RM6499 (12/512GB) WiFi+5G RM5999 (12/512GB) WiFi

Rekaan 

Rekaan pada Tab S11 Ultra ini sebenarnya kelihatan seperti rekaan sama dengan model yang terdahulu dan juga tiada apa-apa yang terlalu menarik perhatian. Tapi bagi saya untuk bukanlah satu perkara yang teruk kerana mungkin kebanyakan masa anda akan menggunakan kerangka yang diberi semasa menggunakan tablet ini. 

DSC07684

Satu perkara yang saya amat kagum dengan rekaan tablet ini adalah tahap kenipisannya. Semasa membuka kotak dan pegang tablet ini kali pertamanya saya agak terkejut kerana ia setebal 5.1mm sahaja. Ini hanyalah 0.9 mm lebih tebal berbanding Galaxy Z Fold7. Namun sekali lagi, jika anda menggunakan kerangkanya tahap kenipisan ini juga tidak begitu penting

DSC07708

Jika anda seorang pengguna yang lasak, mungkin ini adalah tablet yang sesuai untuk anda kerana keseluruhan tubuhnya diperbuat dari Armor Aluminium dan juga mempunyai penarafan IP68 untuk kalis air dan debu.

DSC07718

Berbezanya Tab S11 Ultra ini dengan model yang lepas adalah kedudukan pengecas magnetik untuk meletakkan S Pen yang kini diletakkan di bahagian atas tablet bukan lagi di belakang. Sejujurnya saya lebih gemar untuk letakkan S Pen ini di bahagian belakang kerana ia akan lebih selamat dilindungi oleh kerangkanya. Apabila diletakkan di bahagian tepi, S Pen ini agak mudah tercabut dari tubuh tablet ini contohnya apabila menyimpan tablet ini di dalam beg. 

DSC07717

Bercakap mengenai S Pen, S Pen pada Tab S11 Ultra ini juga menggunakan rekaan yang berlainan sedikit. Kini ia berbentuk seperti pensel yang biasa kita kenali iaitu hexagon. Dengan penggunaan bentuk seperti ini, menggunakan S Pen kini terasa lebih natural untuk memberikan pengalaman menulis atau melukis seakan menggunakan pensel biasa. 

Skrin

Skrin yang terdapat pada Tab S11 Ultra ini adalah yang terbaik dalam kelasnya dengan menggunakan panel AMOLED 2X, kadar segar semula 120Hz, HDR10+ dan tahap kecerahan maksimum sehingga 1600nits. Ini adalah tablet paling besar yang saya pernah gunakan dengan saiz 14.6”. 

DSC07693

Anda memang tidak perlu risaukan apa-apa mengenai paparan dari Tab S11 Ultra ini. Setiap warna yang dihasilkan sangat hidup sesuai dengan penggunaan panel AMOLED digabungkan dengan resolusi yang agak tajam iaitu WQXGA+. Jadi sama ada untuk tujuan hiburan atau untuk melakukan kerja, skrin ini mampu memaparkan kandungan dengan sangat baik. 

DSC07694

Bagi saya kualiti skrin pada Tab S11 Ultra ini dah cukup baik dan sempurna tapi sebenarnya untuk saya saiz 14.6” ini agak terlalu besar untuk saya. Sebelum mencuba Tab S11 Ultra ini, saya sudah ada tablet sendiri yang bersaiz lebih kecil iaitu 11.5”. Saiz itu sebenarnya dah cukup baik untuk kegunaan saya. Menggunakan Tab S11 Ultra ini seolah-olah saya membawa laptop yang sebenar dengan saiz skrin yang sama. Bermain permua juga tidak selesa pada skrin yang gergasi ini jika anda menggunakan kawalan sesentuh.

Audio

Pembesar suara pada Tab S11 Ultra ini juga tidak mengecewakan untuk digabungkan bersama skrin yang cantik. Terdapat 4 pembesar suara secara keseluruhannya, 2 di bahagian sisi kiri dan kanan tablet. Kualitinya audionya sangat baik dimana saya boleh membuat suntingan muzik terus dari pembesar suara ini sahaja. Jadi setakat untuk menonton filem atau kandungan di Youtube dan sebagainya, pembesar suara ini boleh memberikan kualiti audio yang baik.

DSC07702

Prestasi

Samsung Galaxy Tab S11 Ultra ini adalah tablet mercu pertama yang saya pernah gunakan. Ia lengkap dengan cip mercu yang sangat baik untuk kegunaan seharian iaitu Dimensity 9400+. Cip ini digabungkan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan pilihan storan 256GB sehingga 1TB. Dengan prestasi yang diberikan tidak kira apa-apa tugasan yang anda berikan, tablet tiada masalah untuk lakukannya. 

DSC07701

Disebabkan tidak banyak tablet mercu dengan kemampuan cip yang sama, saya membandingkan prestasi Tab S11 Ultra ini dengan telefon yang menggunakan cip mercu iaitu 17 Pro (A19 Pro), vivo X200 Pro (Dimensity 9400) dan Samsung Galaxy S25 Ultra (Snapdragon 8 Elite For Galaxy)

Antutu 3D

  • Samsung Galaxy Tab S11 Ultra – 2,787,650
  • 17 Pro – 2,634,345
  • vivo X200 Pro – 2,312,342
  • Samsung Galaxy S25 Ultra – 1,946,864

Geekbench 6

  • Samsung Galaxy Tab S11 Ultra – 2643/8686
  • 17 Pro – 3560/8835
  • vivo X200 Pro – 1923/7102
  • Samsung Galaxy S25 Ultra – 2957/9435

3D Mark Wildlife Extreme

  • Samsung Galaxy Tab S11 Ultra – 6106
  • iPhone 17 Pro – 5873
  • vivo X200 Pro – 6008
  • Samsung Galaxy S25 Ultra – 6135
Screenshot 20251024 182820 One UI Home

Seperti yang anda dapat lihat melalui ujian penanda aras di atas, cip Dimensity 9400+ ini masih lagi berkuasa jika dibandingkan dengan cip terbaru seperti A19 Pro dari . Untuk melakukan tugasan yang berat seperti bermain permua yang memerlukan kuasa yang tinggi, ia tidak menjadi masalah untuk tablet ini.

DSC07714

Permua e-sukan seperti Mobile Legends memang tiada sebarang isu untuk dimainkan  dalam tetapan ultra. Untuk permua seperti CarX Street juga tiada masalah untuk menjalankannya dalam tetapan grafik yang tinggi. Dari segi pemanasan, ia seperti kurang terasa kerana tubuh yang besar pada tablet ini dapat menyebarkan haba panas yang terhasil dengan agak baik.

DSC07719

Jadi jika anda hanya pengguna kasual dan bukan seorang gamer yang tegar, tablet ini sudah cukup berkuasa untuk anda malah saya rasa agak keterlaluan untuk anda membeli tablet ini untuk kegunaan yang biasa-biasa atau untuk bermain permua. 

Penggunaan + OneUI 8

Seperti peranti Samsung yang lain, Tab S11 Ultra ini juga dilengkapi dengan One UI 8 berasaskan Android 16 sebagai sistem operasinya. Sejujurnya saya tidak nampak perubahan yang ketara pada One UI 8 ini, ia kelihatan agak sama dengan versi yang sebelum ini. Namun ia bukanlah perkara yang teruk, sistem operasi ini terasa lancar dengan penggunaan cip Dimensity 9400+. 

DSC07705

Penggunaan One UI 8 pada tablet ini sama sahaja seperti anda menggunakan telefon dari Samsung yang lain cumanya ia telah diubah sedikit untuk penggunaan tablet dengan skrin yang lebih besar. Jika anda sudah terbiasa dengan peranti dari Samsung tiada masalah untuk menggunakan tablet dan saya rasa untuk orang tidak pernah menggunakan peranti Samsung juga boleh belajar menggunakan One UI ini dengan amat mudah. 

Tab S11 Ultra Collage

Samsung Galaxy Tab S11 Ultra ini juga mempunyai ciri mercu seperti yang terdapat pada beberapa peranti mercu yang lain iaitu ciri Samsung Dex. Mungkin semua sedia maklum yang Samsung DeX ini membolehkan peranti beberapa peranti Samsung terutamanya dalam kelas mercu bertukar menjadi seperti komputer apabila disambung dengan monitor. Dengan ciri ini ia membuatkan Tab S11 Ultra ini seakan komputer yang sebenar. 

Samsung DeX Collage

Sebagai produk mercu, Tab S11 Ultra ini juga penuh dengan ciri Galaxy AI yang sama seperti siri Galaxy S25 dan siri Galaxy Z. Pengalaman saya menggunakan Galaxy AI ini sangat memuaskan jadi apabila menggunakan Galaxy AI pada tablet ini mungkin boleh tingkatkan lagi produktiviti dan kreativiti anda pada tahap yang berbeza. 

Screenshot 20251029 151816 Drawing assist

Kamera 

Galaxy Tab S11 Ultra ini juga dilengkapi dengan 2 sistem kamera pada bahagian belakang iaitu lensa utama 13MP f/2.0 dan lensa ultra-lebar 8MP f/2.2. Lensa swafoto pula adalah 12MP ultra-lebar. Sebenarnya tiada apa-apa yang menarik pada sistem kamera tablet ini, ia sekadar ada untuk penggunaan asas sahaja. 

DSC07688

Dalam keadaan cahaya yang baik dan pegangan yang stabil, gambar kelihatan biasa-biasa sahaja. Sudah terang lagi bersuluh yang tablet ini bukan direka untuk sistem kamera yang terlalu canggih kerana ia memfokuskan untuk produktiviti. Saya yakin juga tiada yang mahu membeli sebuah tablet kerana sistem kameranya walaupun ini adalah tablet mercu.

20251030 100935
20251029 120852

Bateri

Sebagai tablet yang paling mercu dari Samsung, tablet ini dimuatkan dengan bateri sebesar 11,600mAh. Jujur saya katakan yang sendiri yang letih untuk menghabiskan bateri pada tablet ini. Saya boleh habiskan 11 episod anime Kaiju No.8 pada tablet ini dengan baki bateri masih lagi sekitar 50%. Jadi, saya boleh simpulkan yang prestasi bateri pada tablet ini sangat baik. Namun dari segi pengecasan ia bertentangan dengan prestasi baterinya kerana dengan pengecas 45W ia dapat mengecas semula tablet ini dengan masa yang agak lama iaitu sekitar 1 jam 30 minit. 

DSC07696
DSC07704

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, Samsung Galaxy Tab S11 Ultra ini agak impresif dari segi spesifikasi seperti tubuh yang tahan lasak, prestasi yang lancar dan boleh meningkatkan produktiviti tidak kiralah untuk tujuan kreatif ataupun kerja harian. Cuma bagi saya tablet ini agak keterlaluan untuk penggunaan saya sendiri kerana saya masih lagi gunakan laptop sebagai peranti utama untuk membuat kerja. Jika anda seorang pengguna kreatif ataupun mahu mahukan tablet dengan spesifikasi yang mewah, Samsung Galaxy Tab S11 Ultra ini adalah jawapan yang boleh dipertimbangkan.

Pro

  • Rekaan yang nipis.
  • Keseluruhan tubuh menggunakan Armor Aluminium yang tahan lasak.
  • IP68 untuk kalis air dan debu.
  • Skrin yang sangat cantik.
  • Prestasi yang pantas dan lancar.
  • Rekaan S Pen baharu lebih mesra pengguna.

Kontra

  • Pengecasan 45W agak perlahan untuk bateri yang besar
  • Tiada yang istimewa dengan kamera
  • Skrin yang agak besar
  • Agak keterlaluan untuk pengguna kasual
Skor Samsung Galaxy Tab S11 Ultra

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link