Malaysia Oversight

Ulasan Realme 8 Pro – Kamera RICOH Bawa Dimensi Baharu

By Amanz in December 19, 2025 – Reading time 11 minute
Pandang Pertama Realme GT8 Pro – Bonggol Kamera Boleh Tukar  


Ulasan Realme 8 Pro – Kamera RICOH Bawa Dimensi Baharu

December 19, 2025
Realme

Amy Maizuraa

Melihat kepada tajuk, kita sudah dapat menjangka sorotan utama yang ingin diketengahkan oleh realme dalam model kali ini. Benar, realme GT8 Pro merupakan peranti pertama keluaran mereka dengan kerjasama syarikat kamera RICOH.

realme GT8 Pro Edited 2

RICOH yang terkenal dengan kepakaran dalam fotografi jalanan cuba membuka dimensi baharu melalui integrasi teknologi kamera ke dalam peranti mudah alih ini. Realme pula komited untuk menyediakan pengalaman yang lebih mudah dan praktikal kepada pengguna melalui konsep tersebut. Inilah ulasan penuh saya mengenai peranti ini.

Spesifikasi

realme GT8 Pro
Skrin 6.79″ (1440 x 3136 pixel) AMOLED, 1B colors, 144Hz HDR10+, HDR Vivid, Dolby Vision 7000 nits, 19.5:9 ratio (~508 ppi)
Pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5 (3 nm)
Cip 2 x 4.6 GHz Oryon V3 Phoenix L 6 x 3.62 GHz Oryon V3 Phoenix M
Cip Grafik Adreno 840
RAM 12GB RAM LPDDR5X
Muatan Dalaman 512GB ROM UFS 4.1
Kamera Utama 50 MP (f/1.8) lebar PDAF, OIS 200 MP (f/2.6) periskop telefoto PDAF, OIS, 3X optical zoom 50 MP (f/2.0) ultra-lebar
Kamera Swafoto 32 MP (f/2.4) lebar
Bateri Si/C Li-Ion 7000 mAh 120W berwayar
SIM/Telefoni Nano/eSIM
NFC Ya
Bicu Audio Tiada
Kalis Air IP68/IP69
Sistem Imbasan Pengimbas cap jari Imbasan wajah
Harga Jualan RM4299 (12/512GB)

Pengalaman Penggunaan

Pengalaman saya menggunakan GT8 Pro menyerupai ketika membuat ulasan terhadap Oppo Find X9 Pro. Malah, ia juga mirip seperti menggunakan sebuah moden berikutan reka bentuk tubuhnya yang rata sepenuhnya.

realme GT8 Pro Edited 1

Saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan rekaan sebegini, bahkan berpendapat ia amat selesa digenggam. Saiznya yang lebar benar-benar sesuai untuk digunakan, sementara itu ketebalannya berada pada tahap yang tepat untuk sebuah telefon mercu. Saya tidak mempunyai komen lanjut kerana tubuh rata sememangnya wajar sedikit lebih tebal berbanding peranti dengan rekaan melengkung. Bingkai keseluruhan peranti terasa kukuh sekali gus memberikan nilai tambah yang menarik.

Namun begitu, saya kurang berkenan dengan kemasan panel belakang, khususnya bagi model warna Urban Blue. Warnanya memang cantik, saya akui, tetapi kemasan yang menyerupai kertas kitar semula lembut ini pada pandangan saya mudah rosak apabila terkena benda tajam. Kemasan tersebut terasa lembut sewaktu dipegang. Atas sebab itu, saya memilih untuk menggunakannya bersama kerangka percuma yang disertakan, meskipun warna hitam kerangka tersebut menutupi kemasan asal peranti.

realme GT8 Pro Edited 7

Bonggol kamera sudah semestinya menjadi sorotan utama. Ia menggunakan konsep bonggol kamera yang boleh diubah suai mengikut keperluan pengguna. Pada asalnya, saya menerima peranti ini dengan bonggol berbentuk bulat daripada kotak pembelian namun menukarkannya kepada bentuk empat segi yang dirasakan lebih sesuai.

Sebagai penjelasan, peranti yang saya terima turut disertakan bersama sebuah kotak tambahan yang mengandungi satu lagi modul kamera berbentuk empat segi. Proses menukar melibatkan penggunaan pemutar skru khusus bersaiz kecil jenis T4. Alat ini juga disediakan dalam kotak penjualan bagi tujuan memudahkan pengguna. Meskipun begitu, proses tersebut perlu dilakukan dengan teliti memandangkan skru yang digunakan terlalu kecil dan mudah tercicir.

realme GT8 Pro Edited 6

Penggunaannya memang menyeronokkan pada peringkat awal namun pada pandangan saya semua ini hanyalah gimik yang memberikan keseronokan sementara serta ‘hype’ semata-mata. Lama-kelamaan, mungkin tidak semua pengguna mempunyai masa atau kesabaran untuk kerap menukar modul kamera ini. Proses menukar yang melibatkan membuka dan memasang semula skru juga tentunya memberi sedikit kesulitan kepada pengguna.

Susun atur butang pada peranti ini adalah standard sama seperti kebanyakan telefon pintar Realme yang lain. Bahagian kanan menempatkan butang kuasa serta butang laras audio manakala bahagian kiri dibiarkan kosong tanpa sebarang komponen. Di bahagian atas terdapat kekisi audio, IR blaster dan lubang mikrofon sementara itu di bahagian bawah pula terletaknya kekisi audio tambahan, lubang mikrofon, slot untuk SIM serta port USB-C.

realme GT8 Pro Edited 3

Pembesar suara yang digunakan adalah jenis stereo dengan bunyi dari bahagian bawah lebih kuat berbanding di atas. Kualiti bunyi yang dihasilkan jelas dan lantang, namun kedengaran seakan kurang seimbang serta sedikit terkepit. Walaupun begitu, ia tetap menyeronokkan untuk digunakan khususnya ketika menonton filem di Netflix tetapi tidak memberikan kelebihan tambahan yang ketara dari segi pengalaman audio keseluruhan.

Pengimbas cap jari berfungsi dengan baik kerana kelancaran membuka peranti tanpa sebarang masalah kegagalan sepanjang tempoh ulasan ini. Begitu juga dengan sistem imbasan wajah yang beroperasi dengan pantas dan lancar, khususnya dalam keadaan terang. Pun begitu, kekurangan mula ketara apabila digunakan dalam pencahayaan gelap kerana sistem ini sering gagal mengenal pasti wajah dengan tepat. Selain itu, telefon ini turut menyokong piawaian IP68 sekali gus memberikan rasa lebih selamat ketika digunakan dalam pelbagai situasi harian.

realme GT8 Pro Edited 5

Pengalaman saya menggunakan skrin pada peranti boleh dikatakan memuaskan kerana ia menawarkan keseimbangan yang baik antara kualiti dan prestasi. Saiz serta jenis panel yang dikekalkan daripada generasi sebelumnya memberikan kesinambungan yang konsisten manakala peningkatan resolusi 1.5K menjadikan paparan lebih jelas dan tajam. Sokongan kadar segar semula tinggi pula dilihat berjaya memastikan setiap gerakan kelihatan lancar lalu menjadikan pengalaman menatal kandungan terasa menyeronokkan tanpa sebarang gangguan.

realme GT8 Pro Edited 8

Bagaimanapun, kadar segar semula 144Hz mempunyai kelemahan kerana ia meningkatkan penggunaan bateri dan tidak semua aplikasi menyokongnya. Oleh itu, penggunaan tetapan Auto Select lebih praktikal kerana dapat menyeimbangkan prestasi dengan penjimatan tenaga sekali gus memastikan pengalaman harian kekal lancar tanpa menjejaskan ketahanan bateri.

Selain itu, kehadiran ciri Ultra Vision Engine dengan pilihan seperti AI Hyper Clarity, AI Always-On HDR, dan AI Hyper Motion memberikan nilai tambah yang ketara. Ciri-ciri ini bukan sahaja menjadikan paparan lebih tajam dan warna lebih hidup, malah turut memastikan gerakan lebih lancar sekali gus meningkatkan pengalaman menonton video serta bermain permua dengan lebih memuaskan.


Perkakasan Dan Perisian Dalaman

Peranti ini menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 iaitu pemproses terkini daripada Qualcomm. Ia menawarkan peningkatan prestasi yang lebih baik khususnya dalam aspek kecekapan tenaga, kelajuan pemprosesan dan pengendalian grafik. Keupayaan tersebut sekali gus menjadikan peranti ini sebagai pencabar kepada beberapa model lain seperti Oppo Find X9 Pro (Dimensity 9500), vivo X300 Pro (Dimensity 9500), IQOO 15 (Snapdragon 8 Elite Gen 5) dan OnePlus 15 (Snapdragon 8 Elite Gen 5)

Hasil ujian penanda aras AnTuTu menunjukkan GT8 Pro berada di bawah IQOO 15, OnePlus 15 dan Find X9 Pro. Bagaimanapun, GT8 Pro masih mencatat kedudukan lebih baik berbanding 17 Pro yang menggunakan cip A19 Pro.

AnTuTu 3D

Peranti Skor
Realme GT8 Pro 3,066488
iQOO 15 3,726,305
Honor Magic8 Pro 3,424,247
Vivo X300 Pro 3,507,869
OnePlus 15 3,720,096
Google Pixel 10 Pro 1,214,735
Oppo Find X9 Pro 3,472,342
17 Pro 2,634,345
Skor Realme GT8 pro Antutu 3D

Geekbench 6

Peranti Satu Teras Multi Teras
Realme GT8 Pro 3482 8153
iQOO 15 3480 9789
Honor Magic8 Pro 3587 9853
Vivo X300 Pro 3507 10469
OnePlus 15 3553 10484
Google Pixel 10 Pro 2303 6134
Oppo Find X9 Pro 3158 9298
iPhone 17 Pro 3560 8835
Geekbench 6 1

3DMark Wildlife Extreme

Cip Skor
Realme GT8 Pro 5461
iQOO 15 6788
Honor Magic8 Pro 7659
Vivo X300 Pro 7075
OnePlus 15 6741
Google Pixel 10 Pro 3266
Oppo Find X9 Pro 6127
iPhone 17 Pro 5873
Skor Realme GT8 pro 3DMark Wildlife Extreme 1

Ujian penanda aras sememangnya sekadar angka, maka pengalaman penggunaan dalam dunia nyata adalah lebih penting. Sepanjang ulasan ini dibuat, saya tidak menghadapi sebarang masalah pada sistem. Malah, semua aktiviti harian dapat dijalankan dengan lancar setanding dengan beberapa peranti mercu yang pernah diuji sebelum ini.

Tatalan sememangnya lancar, peralihan animasi tidak tersekat dan proses muat turun mengambil masa yang singkat. Dibantu dengan skrin 144Hz, pengalaman menjadi lebih baik meskipun begitu aspek bateri perlu dikompromi kerana kadar segar semula yang tinggi lebih banyak menggunakan tenaga. Sekiranya anda beralih daripada peranti mercu lebih premium, mungkin perbezaannya tidak begitu ketara namun bagi kebanyakan pengguna, prestasinya masih mengagumkan.

Pengalaman bermain permua juga tidak menimbulkan sebarang masalah. Walaupun tetapan grafik tidak sentiasa berada pada tahap tertinggi, prestasi permainan masih pantas tanpa gangguan. Ujian dengan permua bergrafik tinggi turut menunjukkan cip mampu mengendalikannya dengan baik dengan kadar bingkai yang konsisten dan paparan yang lancar.

Permainan Asphalt Legends – Racing Game dapat dijalankan dengan sangat lancar manakala paparan AMOLED memberikan warna yang terang serta pengalaman visual lebih imersif. Bahkan ketika bermain Subway Surfer menunjukkan tiada sebarang isu timbul dan permainan berjalan dengan lancar seperti biasa.

Realme UI 7 disediakan turut disertakan dengan pelbagai ciri berasaskan AI yang memperbanyakkan pengalaman penggunaan. Antaranya termasuk AI Mind Space yang membolehkan pengguna menyimpan nota dan maklumat penting secara automatik, AI Planner yang mengenal pasti acara daripada skrin dan memasukkannya terus ke dalam kalendar serta AI Notify Brief yang menjana ringkasan notifikasi melalui gabungan maklumat seperti acara kalendar dan tugasan penting seakan-akan Now Brief Samsung.

realme UI 7 A
realme UI 7 C

Selain itu, terdapat juga fungsi AI Planner untuk mengenal pasti acara dengan ketukan pada bahagian belakang telefon, AI Search untuk carian maklumat meluas, AI Translate untuk terjemahan langsung, dan AI VoiceScribe untuk transkripsi suara.

Pengalaman saya menggunakan AI Editor turut menunjukkan beberapa ciri menarik walaupun ada yang masih belum sempurna. AI Recompose mampu mengubah komposisi gambar menjadi lebih baik, namun kadangkala hasilnya kelihatan tidak realistik.

realme UI 7 B

AI Eraser menyediakan dua pilihan sama ada menutup objek dengan ‘paint over’ atau membuang orang daripada imej. AI Ultra Clarity pula sepatutnya meningkatkan warna tetapi dalam kebanyakan imej yang diuji tidak menunjukkan perubahan ketara. AI Sketch Image boleh menjana gambar berdasarkan lakaran mudah seperti bunga namun tidak menyokong generasi wajah manusia. Sementara itu, AI Perfect Shot Suggestion memberi cadangan gambar terbaik tetapi memerlukan beberapa tangkapan rujukan dan kadangkala kelihatan tidak realistik.

Terdapat juga fungsi tambahan seperti AI Remove Reflections dan AI Glare Reduction yang boleh bantu mengurangkan pantulan serta silau pada imej, AI Landscape yang bantu meningkatkan warna gambar khususnya untuk tangkapan pemandangan serta AI Edit Genie yang dibawa daripada realme 15 dengan penggunaan yang masih sama seperti sebelum ini.


Kamera Dan Kualiti Gambar

Kamera utama 50 MP menggunakan sensor 1/1.56″ dengan PDAF dan OIS bagi memastikan hasil gambar lebih tajam serta stabil. Terdapat juga kamera 200 MP periskop telefoto dengan bukaan f/2.6 dan sensor bersaiz sama turut menawarkan 3x zum optikal. Seterusnya, kamera 50MP ultra-lebar melengkapi sistem kamera ini untuk rakaman bersudut luas. Kamera ini juga hadir dengan lensa RICOH bersama sokongan HDR dan panorama. I turuta mampu merakam sehingga 8K/30FPS serta dilengkapi dengan Dolby Vision dan 10-bit LOG bagi menjadikan rakaman lebih professional.

realme GT8 Pro Edited 4

Pengalaman saya menggunakan kamera peranti jelas memperlihatkan keseimbangan antara kelebihan dan kekurangan yang wajar diberi perhatian. Pada panjang fokus utama seperti x1, x2 dan x3, kamera mampu menghasilkan gambar dengan warna yang lebih semula jadi sekali gus memberikan hasil yang nampak realistik. Selain itu, aspek lain seperti imbangan putih, dedahan dan highlight masih terkawal dengan baik menjadikan gambar tidak terlalu terang atau terlalu gelap. Pada masa yang sama, perincian kekal jelas yang membolehkan imej dirakam dengan tahap ketajaman yang memuaskan.

IMG 20251115 194345
IMG20251122160212
IMG20251122160944
IMG20251115163829
IMG 20251115 193208

Namun demikian, apabila menggunakan zoom maksimum melalui sensor telefoto, hasilnya kurang memuaskan kerana gambar kelihatan kelam dan perincian hampir hilang. Sebaliknya, rakaman pada waktu malam menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan warna yang lebih tepu, ‘vibrance’ yang menyerlah serta perincian yang masih terpelihara. Bagaimanapun, imbangan putih boleh terganggu sedikit apabila terdapat cahaya lampu yang terlalu terang khususnya lampu berwarna ungu atau biru.

IMG20251115155111
IMG20251115155116
IMG20251115155133
IMG20251115155158
IMG20251115155211

Fungsi RICOH pada kamera ini pada mulanya memang terasa tidak biasa bagi saya malah saya sempat tertanya-tanya bagaimana sebenarnya kegunaannya. Namun, lama-kelamaan saya mula menyukainya kerana ia menawarkan pengalaman fotografi yang berbeza. Saya turut mencuba beberapa ‘prese’ yang dikongsi oleh pengguna lain di internet, dan hasilnya cukup menarik untuk dieksperimenkan selepas mendapat saranan daripada beberapa kenalan yang memang menggunakan kamera jenis RICOH.

IMG20251115190443
IMG20251115180901 1
IMG 20251115 172617 1
IMG 20251124 182851
IMG20251115180050
IMG 20251115 160036 1

Dalam mod ini, kebanyakan warna yang dihasilkan melalui ‘preset’ tersuai benar-benar menggambarkan suasana fotografi jalanan. Walaupun aspek seperti warna dan exposure boleh dianggap subjektif kerana pengguna bebas mengubah tetapan mengikut citarasa masing-masing, pengalaman saya menunjukkan bahawa mod ini berpotensi menjadi pilihan utama bagi penggemar fotografi jalanan berbanding mod foto biasa.

IMG 20251219 171732
Kodak Chrome
IMG 20251219 171707
Standard Film
IMG 20251219 171719
Classic BW

Tambahan pula, pilihan ‘preset’ terbina yang disediakan seperti positive film, negative film dan black and white memberikan variasi yang menarik sekali gus menambah dimensi kreatif dalam rakaman. Selain itu, tetapan dalam mod ini cukup terperinci kerana pengguna boleh mengubah highlight, ketepuan warna, clarity, ketajaman serta pelbagai aspek lain mengikut citarasa masing-masing. Saya sendiri telah mencuba beberapa ‘preset’ yang diperoleh daripada internet seperti Kodak Chrome, Classic BW, Regee Nega dan lain-lain yang memberikan hasil berbeza serta menarik untuk dicuba.

IMG20251115190056
RICOH Preset – Kodak Chrome
IMG20251115190059
Standard Setup
IMG20251115190104
Regee Nega

Namun demikian, pilihan zum agak terhad sehingga pengguna perlu berada lebih dekat dengan subjek untuk mendapatkan hasil gambar yang rapat. Pun begitu, saya dimaklumkan bahawa pengguna kamera Ricoh jarang menggunakan fungsi zum kerana mereka lebih selesa melakukan proses memangkas (crop) selepas rakaman.

IMG 20251219 171556
Kodak Chrome
IMG 20251219 171607
Regee Nega
IMG 20251219 171618
Classic BW

Secara keseluruhannya, ia sesuai untuk mereka yang pernah menggunakan kamera RICOH khususnya individu yang gemar ‘bereksperimen’ dengan tetapan. Bagi pengguna biasa boleh memanfaatkan ‘preset’ yang tersedia dalam telefon atau mendapatkan tetapan tambahan daripada komuniti serta sumber di internet.

IMG20251122160330 1
IMG20251115161831 1
IMG20251122162433 1
IMG20251115212241
IMG20251122202456

Mod potret memberikan hasil yang sangat baik dengan kesan bokeh yang halus serta kemas. Tona kulit pada wajah subjek kelihatan sedikit tepu namun tidak keterlaluan. Subjek juga dapat dipisahkan daripada latar belakang dengan baik kerana pemisahan tepi (edge separation) masih terpelihara walaupun cahaya di belakang subjek sangat terang. Rakaman potret pada waktu malam turut menunjukkan prestasi yang memuaskan dengan hingar yang berkurangan serta tidak ketara, manakala tahap ketajaman kekal jelas.

IMG20251115172009
IMG20251115185142
IMG20251115151514 1
IMG20251115162542 1
IMG20251115205148

Dalam mod video, suasana fotografi jalanan turut terserlah dengan jelas. Rakaman yang dihasilkan memberikan aura sinematik melalui warna yang lebih menyerlah, khususnya ketika dirakam pada waktu malam. Selain itu, sistem penstabilan berfungsi dengan sangat baik dan membantu menghasilkan rakaman yang lebih stabil serta konsisten, sekali gus meningkatkan pengalaman keseluruhan ketika menggunakan kamera ini.

Dari segi prestasi dan pengalaman keseluruhan, kamera ini menunjukkan hasil yang baik walaupun terdapat sedikit kelewatan ketika proses pasca-rakaman, namun keadaan tersebut tidak terlalu mengganggu penggunaan. Selain itu, suasana fotografi jalanan, julat dinamik, dan warna yang dihasilkan wajar dipuji, khususnya melalui mod Ricoh GR, rakaman video, serta potret.

Pun begitu, terdapat sedikit kekurangan ketika mengambil gambar pada waktu malam kerana dalam sesetengah keadaan berlaku kesan blooming yang agak keterlaluan. Sementara itu, bonggol kamera boleh tukar lebih bersifat kosmetik dan tidak menjejaskan pengalaman penggunaan. Namun demikian, pengguna barangkali tidak akan menukar bonggol tersebut dengan kerap kerana prosesnya renyah.


Bateri Dan Pengecasan Pantas

Peranti hadir dengan bateri berkapasiti 7000mAh yang dipadankan dengan sokongan pengecasan pantas 120W, nirwayar 50W serta berbalik 5W. Dengan kapasiti sebesar ini, saya menjangkakan sekurang-kurangnya penggunaan sekitar satu setengah hari.

Namun begitu, pengalaman sebenar menunjukkan prestasi baterinya agak mengecewakan. Sepanjang ulasan ini, saya menggunakan peranti sebagai telefon utama dan mendapati ketahanan bateri merupakan kelemahan paling ketara. Secara purata, masa SOT yang dicatatkan hanyalah sekitar 4 – 6 jam sepanjang tempoh penggunaan harian.

Walaupun pengecasan pantas 120W mampu mengecas semula bateri dengan cepat namun prestasi bateri dalam penggunaan harian masih belum menepati jangkaan bagi kapasiti sebesar ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa faktor penggunaan intensif seperti kamera berterusan, rangkaian 5G dan kadar segar semula skrin yang tinggi memberi kesan besar terhadap ketahanan bateri.


Kesimpulan

Kerjasama dengan Ricoh sememangnya membawa dimensi baharu kepada GT8 Pro, namun tidak semua pengguna akan segera terbiasa dengannya memandangkan kebanyakan lebih menggemari peranti yang bersifat ‘ready to go’ iaitu mengambil gambar dan terus boleh dimuat naik. Walau begitu, hal ini tidak bermakna ciri tersebut langsung tidak memberi nilai tambah, kerana masih ada pengguna yang ingin mencuba pengalaman menggunakan kamera dengan pendekatan baharu ini.

realme GT8 Pro Edited 9

Saya sendiri pada mulanya agak sukar untuk membiasakan diri tetapi menyukainya setelah memahami cara ia berfungsi. Bagi konsep kamera boleh ditukar ganti pula, saya berpendapat ia tidak sepenuhnya boleh dianggap sebagai gimik. Dari segi logik, mungkin ada pengguna teruja mencubanya namun saya percaya ‘hype’ tersebut tidak akan bertahan lama.

Meskipun begitu, perkara ini adalah subjektif dan bergantung kepada keperluan masing-masing. Dari segi prestasi, tiada yang boleh dinafikan kerana ia berada pada tahap tiptop. Namun begitu, kompromi masih perlu dibuat terhadap isu pemanasan yang berlaku ketika penggunaan intensif.


Kelebihan

  • Reka bentuk selesa digenggam.
  • Paparan AMOLED 144Hz yang terang dan lancar.
  • Cip mercu dengan prestasi mantap.
  • Kamera berkualiti tinggi dengan prestasi mantap.
  • Pengecasan pantas 120W berwayar dan 50W nirwayar.

Kekurangan

  • Sokongan perisian lebih singkat.
  • Ketahanan bateri kurang memuaskan.
Skor Realme GT8 pro Ricoh



Source link