Malaysia Oversight

Ulasan OPPO Reno15 F – Prestasi Sederhana Untuk Kegunaan Sederhana

By Amanz in January 23, 2026 – Reading time 6 minute
Ulasan OPPO Reno15 F – Prestasi Sederhana Untuk Kegunaan Sederhana


Ulasan OPPO Reno15 F – Prestasi Sederhana Untuk Kegunaan Sederhana

January 23, 2026
Oppo

Nur Amzari

OPPO mulakan tahun 2026 ini dengan siri Reno 15 terbaru yang menampilkan keupayaan kamera yang serba boleh dan juga estetik rekaan yang lebih menarik.  OPPO Reno15 F merupakan model asas untuk siri Reno15 setara dengan penawaran harganya yang bermula pada RM1499. Jadi adakah model ini berbaloi dengan pengalaman penggunaan yang diberikan? . Teruskan membaca artikel ulasan ini untuk ketahui lebih lanjut. 

DSC08715

Spesifikasi

OPPO Reno15 F
Skrin 6.57″ AMOLED FHD+  120Hz, 1400nits, Corning Gorilla Glass+
Pemproses Snapdragon 6 Gen 1 (4 nm)
Cip 4×2.2 GHz Cortex-A78 4×1.8 GHz Cortex-A55
Cip Grafik Adreno 710
RAM 12GB RAM LPDDR4x RAM Maya (+12GB RAM)
Muatan Dalaman 256/512GB UFS 3.1
Kamera Utama 50 MP, f/1.8, 26mm (lebar), OIS 8 MP, f/2.2, 16mm, (ultra lebar) 2MP (makro)
Kamera Depan 50 MP, f/2.0
Bateri 7000 mAh Si/C Berwayar 80W
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano /5G
NFC Ya
Infra Merah Ya
Kalis Air IP68/69
Sistem Imbasan Imbasan cap jari Imbasan wajah
Harga Jualan RM1499 (12/256GB)RM1599 (12/512GB).

Rekaan

Siri Reno dari OPPO sememangnya menggunakan konsep rekaan yang baharu seperti yang ada pada siri Reno15 ini dengan rekaan Aurora pada panel belakangnya. Namun untuk warna Afterglow Pink agak bosan kerana hanya terdapat elemen pelangi pada modul kameranya sahaja. Jika anda inginkan rekaan Aurora itu, hanya ada pada warna Aurora Blue untuk model Reno15 F ini. 

Reno15 F Rekaan1

Tubuh peranti menggunakan rekaan yang berkotak sama seperti beberapa generasi terdahulu. Panel belakang menggunakan bahan jenis kaca dengan kemasan matte. Sementara itu, bingkai di bahagian sisi pula menggunakan bahan jenis aluminium. Apa yang saya sedikit kecewa adalah rekaan modul kamera ini hampir menyerupai , malah beberapa rakan saya mengingatkan ini adalah peranti . Secara peribadinya, saya lebih gemar rekaan siri Reno13 dan 14 sebelum ini.

Reno15 F Rekaan 5

 Dari segi port sambungan dan butang masih lagi berada dalam kedudukan yang sama seperti butang kuasa dan aras suara di bahagian sisi kanan dan port pengecasan USB-C, pembesar suara dan slot sim berada di bawah peranti. OPPO Reno15 F ini juga menyokong kad mikroSD jika anda ingin menambah storan untuk peranti. 

Reno15 F Rekaan 6

OPPO juga memberikan tahap ketahanan yang agak baik untuk peranti ini dengan kedua panel belakang dan skrin menggunakan Corning Gorilla Glass+ dan penggunaan IP68/IP69 yang lebih tahan air dan debu.  Saya juga suka dengan saiz peranti ini yang tidak terlalu besar jadi sangat selesa apabila digenggam.

Skrin

Skrin pada Reno15 F ini menggunakan saiz 6.57” dengan panel AMOLED FHD+ serta kadar segar semula 120Hz. Ini mungkin spesifikasi skrin yang menjadi kebiasaan untuk peranti-peranti tahun 2026 ini namun skrin Reno15 F ini masih lagi mempunyai beberapa kelemahan sendiri.

Reno15 F Skrin1

Bezel pada skrin ini tidaklah sekata sepenuhnya dimana bezel bahagian bawah skrin sedikit tebal berbanding yang lain tapi saya sudah terbiasa selepas beberapa hari menggunakan peranti ini. Tahap kecerahan juga sebenarnya agak rendah untuk kegunaan diluar dengan kecerahan maksimum hanya mencapai 1400 nits dan ini berkait juga dengan ketiadaan HDR pada skrin peranti ini.

Reno15 F Skrin3

Walaupun begitu, skrin pada Reno15 F ini masih lagi dapat menghasilkan warna yang baik, masih lagi tajam dan sangat lancar untuk penggunaan seharian. Skrin ini seperti tidak cukup sifat di atas kertas namun masih lagi dapat berikan kualiti yang baik. 

Perisian

Sebaik sahaja keluar dari kotak OPPO Reno15 F ini menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16. Sejak kali pertama menggunakan ColorOS 15 pada OPPO Find X8 dahulu, sistem operasi ini termasuk dalam senarai kegemaran saya. ColorOS 16 ini kelihatan lebih kemas dan cantik dengan beberapa pemperibadian yang boleh dibuat oleh pengguna. 

Reno15 F OS

Tidak dinafikan yang ColorOS 16 ini ada sedikit elemen rekaan yang sama seperti iOS26 oleh . Mungkin ini juga langkah OPPO untuk menarik minat pengguna mencuba peranti mereka. Namun pengalaman yang diberikan oleh ColorOS 16 ini sedikit berbeza dengan pelbagai animasi dan juga kesan yang lancar serta stabil.

Reno15 OS Collage

Beberapa ciri AI juga turut tersedia dalam Reno15 F ini seperti Mind Space untuk memudahkan pengguna menyimpan maklumat atau idea. Ciri ini juga sangat mirip dengan Essential Space yang ada pada peranti Nothing.

flux themes OPPO

Satu perkara yang saya suka tentang ColorOS 16 ini adalah Flux Themes yang membolehkan pengguna membuatkan peranti mereka ada identiti sendiri. Namun ColorOS ini masih mempunyai beberapa aplikasi gendut dan iklan yang sedikit sebanyak mengganggu penggunaan harian. 

Prestasi 

Bercakap mengenai prestasi pada OPPO Reno15 F ini, ia menggunakan cip Snapdragon 6 Gen 1. Untuk pengetahuan anda, ini adalah cip yang sama digunakan pada dua generasi Reno F yang lepas. Penggunaan cip ini digabungkan bersama 12GB LPDDR4X dengan storan jenis UFS 3.1.

Benchmark Reno15 F

Disebabkan peranti ini menggunakan cip yang sama jadi tiada perbezaan yang terlalu ketara dari segi kuasa. Sudah tentu skor penanda aras juga tidaklah terlalu mencanak naik. Pada awal penggunaan, saya terasa sedikit mikro lag yang agak menjengkelkan tapi selepas mendapat satu kemaskini perisian semuanya kembali menjadi seperti biasa.

Peranti ini mampu menjalankan permua seperti MLBB dengan tetapan grafik dan kadar bingkai pada tahap tertinggi iaitu ultra. Bermain beberapa sesi juga tidak membuatkan peranti ini terlalu memanas hanya sekadar suam sahaja. Namun permua berat seperti CarX Street pada tetepan sederhana peranti sudah mula terasa agak suam dan kadar bingkai tidak stabil. 

Reno15 F ML
Reno15 F CarX

Secara keseluruhannya, prestasi untuk OPPO Reno15 F ini masih lagi berada di tahap yang baik-baik sahaja. Penggunaan sederhana terasa lancar dan pantas namun ia menimbulkan kerisauan saya pada tempoh satu atau dua tahun lagi kerana penggunaan cip yang sama dengan model terdahulu. 

Camera

Nama OPPO Reno agak terkenal dengan kebolehan kamera dengan ciri baru yang diperkenalkan. Namun untuk Reno15 F ia dilengkapi dengan lensa utama 50MP f/1.8 OIS, lensa ultra-lebar 8MP serta yang paling mengecewakan lensa makro 2MP. Kali terakhir saya menggunakan peranti yang mempunyai lensa makro adalah Realme 5 Pro pada tahun 2019 dan tidak sangka akan berjumpa lagi dengan lensa ini. 

Reno15 F Rekaan

Lensa utama dapat memberikan hasil gambar yang agak baik pada keadaan cahaya yang mencukupi. Gambar kelihatan tajam namun pada zum digital 2x sudah mula kehilangan butiran terutamanya pada waktu malam. Keupayaan HDR pada Reno15 F ini juga agak kurang memuaskan dalam sesetengah keadaan. Penghasilan warna kelihatan lebih neutral dan tidak terlalu pekat seperti kebiasaan gambar dari peranti OPPO.

IMG20260105100533
IMG20251229133250
IMG20260109131722
IMG20260108090638
IMG20251219201918

Penggunaan 8 megapiksel untuk lensa ultra-lebar ini memang menunjukan kesannya apabila gambar yang diambil kurang tajam dan seperti kamera utama ia mempunyai masalah yang sama pada waktu malam. Lensa yang paling tiada manfaat jatuh kepada lensa makro dengan 2 megapiksel yang sangat-sangat tidak relevan pada tahun 2026 ini. 

IMG20260108182923
IMG20251219201752
IMG20260109143309
IMG20260109143332

Kekuatan siri Reno15 kali ini pada kamera swafotonya dengan 50MP. Saya boleh katakan yang kamera telefoto ini adalah bintang utama untuk Reno15 F ini. Dengan kebolehan swafoto yang luas melalui zum 0.6x sekaligus boleh memuatkan beberapa orang dalam gambar. Jika anda ingin komposisi lebih ketat dengan kamera swafoto ini juga ia boleh zum sehingga 2x secara digital.

Bateri 

Bateri adalah satu perkara yang tidak mengecewakan pada Reno15 F adalah kapasiti bateri yang sebesar 7000mAh dengan teknologi Silicon Karbon. Prestasi sangat baik dimana saya sendiri agak susah untuk habiskan bateri ini bawah 20%. Kapasiti ini juga adalah yang terbesar untuk semua siri Reno15. Walaupun kapasiti baterinya besar namun masa pengecasan tidaklah terlalu lama dengan pengecas SUPERVOOC 80W.

Apa Di Dalam Kotak

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima:

  • 1 x Oppo Reno15 F. 
  • 1 x Kepala Pengecas 80W.
  • 1 x Kabel USB-C ke USB-A.
  • 1 x Kerangka Silikon.
  • 1 x Manual Pengguna.
  • 1 x Pencungkil SIM.
DSC08734

Kesimpulan

Setelah beberapa hari menggunakan OPPO Reno15 F ini, boleh dikatakan ini adalah peranti harian yang memadai untuk penggunaan sederhana dan bonus untuk anda yang sukakan kamera swafoto. Prestasi dalaman yang sekadar okey sahaja dengan penggunaan cip yang berusia hampir 3 tahun. ColorOS 16 mungkin ‘the carry’ yang membuatkan penggunaan peranti ini terasa sangat lancar serta prestasi bateri yang sangat baik. Jika anda sedang menggunakan Reno13 F atau Reno14 F, saya tidak sarankan anda beralih terus kepada Reno15 F ini dan mungkin lebih baik jika anda terus beralih kepada Reno15.

Reno15 F

Pro

  • Paparan 120Hz yang lancar.
  • Saiz yang selesa di tangan
  • ColorOS 16 yang sangat segar dan cantik
  • Kamera swafoto yang cantik
  • Ketahanan bateri yang menakjubkan

Kontra

  • Penggunaan cip yang lama
  • Skrin masih terdapat bezel yang tebal
  • Kualiti kamera pada waktu malam kurang memuaskan
  • Rekaan yang kurang identiti sendiri
Skor Oppo Reno15 F



Source link